ad ld

Saturday, July 24, 2010

Bila Bercinta Ada Nilainya

"Di mana saya mahu bersalin... wang sudah habis, makan pun terpaksa minta ihsan jiran," kata Liana Abdullah, gadis berusia 15 tahun yang mendakwa dilarikan ke Lombok, Indonesia sebelum dibawa pulang ke Malaysia, dua bulan lalu.
Dia yang sarat mengandung tujuh bulan berkata, suaminya, Tohri Jadi Jaya, 22, yang kini berada di Lombok tidak lagi mengirimkan wang kepadanya kerana tidak bekerja sejak pulang ke negara itu.

“Jika ibu mengandung lain mungkin sibuk membeli kelengkapan bayi, saya pula tak mampu, walaupun sepasang baju. Malah, nak makan seharian pun harapkan ihsan jiran yang sering mengajak makan di rumah mereka,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Liana yang dibawa pulang ke Malaysia pada 26 Mei lalu, berkata, dia bimbang dan buntu memikirkan nasibnya bersama bakal anak tanpa kehadiran orang tersayang, termasuk suami dan keluarga.

“Nak bersalin di hospital perlukan wang, bagaimana dengan saya yang tiada sumber kewangan. Setiap kali suami telefon, saya memaklumkan penderitaan dan minta wang, tetapi suami jawab dia sendiri sudah habis wang simpanan hasil bekerja di Sarawak dulu dan kini tidak bekerja, walaupun sudah berusaha sedaya mungkin.

“Dengan siapa lagi saya mahu mengadu... hanya suami yang jauh mahu mendengarnya, tapi tidak mampu menolong saya kerana dia tidak dibenarkan datang ke negara ini lagi,” katanya sambil menahan sebak.
Sementara itu, Tohri ketika dihubungi berkata, dia kesal kerana tidak mampu membantu dan memberi nafkah kepada isterinya, walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mencari pekerjaan, tetapi tidak menyembunyikan hasrat untuk kembali hidup bersama Liana. - bharian

2 comments:

Unknown said...

kesian sangat..umur 15 thn sepatutnya masih di bangku sekolah lagi

ibu wawa said...

kenapalah nasibnya begini...

apapun restu ibubapa amat penting di dalam suatu hubungan perkahwinan.