ad ld

Friday, July 2, 2010

Alif Satar Cedera Terjatuh Bermain Skateboard

Akibat ingin mencuba permainan Skateboard, penyanyi lagu Jangan Nakal, Alif Satar dikejarkan ke hospital apabila mengalami kecederaan pada tulang belakang akibat terjatuh.

Dia dimasukkan ke hospital pakar Damansara Selasa lalu pada pukul 12 malam dan sehingga kini masih lagi mendapatkan rawatan fisioterapi bagi memulihkan kecederaan.

"Saya baru cuba untuk main skateboard dengan kawan-kawan, tiba-tiba terjatuh. Masa jatuh tidak terlalu sakit tetapi dua hari selepas itu baru saya rasa sakit yang teramat sangat sampaikan saya menangis ketika dalam perjalanan ke hospital. "Doktor beritahu bahawa tulang belakang saya tergelincir atau "slip dics" dan perlu mendapatkan rawatan rapi. Tapi hari ini saya minta kebenaran keluar sekejap untuk sesi fotografi drama Idola Kecil The Series.

"Saya hanya boleh berdiri sekejap untuk bergambar dan banyak berbaring sahaja," ujarnya yang sedang dalam perjalanan pulang semula ke hospital sewaktu dihubungi mStar Online.

Jelasnya lagi, buat masa ini dia tidak dibenarkan menjalankan aktiviti lasak terutamanya bersukan. Malah perlu lebih banyak berehat sehingga benar-benar pulih. - mStar

4 comments:

Madam Amie said...

heheheh x yah baca paper..blog akak dah cukup info dah...:P

Ena said...

kesiannya..

Mama Hanim said...

Amy: hehe..tau xpe..

Mama Hanim said...

Ena: tu la kan..