ad ld

Thursday, June 17, 2010

Panggilan 'BOS' Untuk Ketua Kurang Sopan

Panggilan bos kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya ia amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu. 

Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hassan berkata, menggunakan panggilan bos terhadap ketua semakin meluas dan membimbangkan kini.
“Panggilan bos adalah perkataan main-main yang sebenarnya tiada langsung erti hormat seperti yang digunakan dalam lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya,” katanya kepada Bernama.


Menurutnya, lebih manis atau berbudi bahasa sekiranya panggilan itu ditukarkan dengan menggunakan panggilan Tuan untuk ketua lelaki atau Puan untuk wanita.

-- Petikan hmetro. Baca SINI.

-- Apa pendapat uols? Komen skit my pren..

14 comments:

JijahJambu@Jj said...

mmm panggilan bos tu rasa macam mesra sikit ... tapi kalo saya bengang ngan dia ...saya gunakan perkataan ni >>> CIK PUAN ____ ... hahaha

A.I said...

nape lak dia kata kurang sopan yek? bg aku takde pulak. rasanya panggilan tu tanda kita hormat. isk..

Ena said...

tu la.. kalao kat sini pun.. panggil ikut pangkat dorang la.. mcm tuan SUB or en... tapi ada juga bos yg memg jenis selamba jer.. maka anak2 buahnya panggil bos utk nya..

HaniFadil said...

laaa.. ye ke... hehehe... entri hari ni banyak pulak saya guna perkataan boss ni..

soffya cik bulan said...

betul tu...tuan-tuan dan puan-puan,kan melayu bunyinya...ye tak

Mama Hanim said...

Jijah: tu la kan..stuju2.. bos bunyi lbh mesra kan..
lg pn dh lama diterima pakai cmtu..

Mama Hanim said...

A.I: ntah la nape jd isu plak.. panggil bos mmg tanda hormat pn kan.. huhu..

Mama Hanim said...

Ena: mmg lain tpt lain caranya kan.. tp tentu ramai yg prefer panggil je bos..

Mama Hanim said...

HaniCheLat: hehe.. kebtulan kan..

Tq sudi dtg sini..plz come again ye..

Mama Hanim said...

soffya cik bulan: btul tu, bunyi kemelayuan, tp bunyi mcm formal je kan.. ahakss..

xpe2, terpulang pd pendapat masing2 kan..hehe..

Tq sudi dtg sini.. ada masa n sudi, sila dtg lagi ye..

AishaAminudin said...

bagi aisha..kalau pkataan boss tu biasa jer, sebab kami panggil manager kat sini abg dan encik tu jer.. kalau menci kat boss kami bagi gelaran cam botak gersang ker, bodek alam ke..he..he..jgn tiru tau..

mamaarifakeemaisy said...

betul3x..perkataan BOS tu sebenarnya mmg tak tunjukkan tanda hormat pun..kitorang kt opis ni, sume panggil BOS jer..hikhik..tak kisah pngkat ape..saje suke2..main2x..kalo bOS betul pggl Encik jer..Tuan..besar sgt lak pgkat rasa..kalo pompuan..Puan.. ^_^..begitulah adanya..hehe..

Mama Hanim said...

Adyshariz: kui3..botak gersang, gelaran terhangat tu..

Mama Hanim said...

mamalieyna: stuju2..encik n puan sgt sesuai kan..
tp klo tuan tu bunyi mcm official sgt la plak..huhu..