ad ld

Monday, March 14, 2011

(Gambar) Bayi 3 Bulan Mati Tersedak Susu Di Taska Di Presint 17 Putrajaya

Rasanya dh byk kali sgt berlaku kes bayi mati tersedak susu di rumah pengasuh or pusat jagaan. Terbaru plak kt taska di Presint 17 Putrajaya. Nur Alia Maisara 3 bulan, yg baru seminggu diletakkan di taska tu. Takziah utk keluarga adik Alia. Al-Fatihah.

- Kuala Lumpur: Kegembiraan sepasang suami isteri menimang cahaya mata sejak tiga bulan lalu berakhir sekelip mata apabila bayi mereka mati didakwa akibat tersedak susu di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Presint 17, Putrajaya kelmarin.

Bayi perempuan berusia tiga bulan itu, Nur Alia Maisara Mohd. Idzwan (gambar kecil) yang baru diletakkan di taska tersebut sejak seminggu lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 11.20 pagi.

Ibu bayi itu, Mazuin Mardzuki, 27, berkata, dia dan suami, Mohd. Idzwan Mohd. Yusuf, 29, menghantar anak tunggal mereka ke taska berhampiran rumah di Blok D, Presint 17 itu selepas dia habis pantang bersalin. kosmo

-- (Gambar) Kemalangan Wish Dan Alza Di Km 53 Lebuh Raya Gerik Jeli, 4 Maut 2 Cedera
-- (Gambar) Geng Wanita Hamil Curi 308 Tin Susu Di Jln Gambang Kuantan Pahang
-- (Gambar) Suami Bw Lari Anak Bru Lahir, Ceraikan Isterinya
-- (Gambar) Seks RM10 Pelajar Sekolah 17 Tahun

6 comments:

ieda said...

kenapa di biarkan budak tu minum susu sendiri kan ... selalu mcm tu lah .. masukkan dlm buaian iar kan budak tuu minum sendiri beralaskan tuala atau gebar .. huhu

Anonymous said...

kesian ibubapa baby ni,..mesti trauma..

AishaAminudin said...

Ya Allah! ader lagik..takziah tuk keluarga mereka..

kenapalah dibiarkan anak kecil minum susu sendiri..

BIONIC WOMEN said...

mesti kes tinggalkan baby minum susu dalam buaian...
kesian laaa..
takziah utk keluarganya..
al fatihah buat adik maisara

munna said...

Ya Allah... kenapalah pusat2 asuhan ni tak ambil iktibar dari kejadian2 sebelum ni... mmg kena gubal undang2 yg lebih ketat lepas ni... kesian pada ibu bapa...

kak gojes said...

sy tidak suka bila jadi macam ni...benci dengan berita begini..benci dengan pekerja taska yang CUAI...kesian dgn ibu bapa bayi tu...takziah