ad ld

Sunday, March 6, 2011

Keputusan Terkini Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau : Syed Ibrahim Menang Majoriti 2,724 Undi

Temerloh: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan bergaya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2, 724 undi.

BN yang diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau berjaya memperolehi 5,060 undi sekaligus menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi. Kekalahan ini merupakan kali kedua bagi Hassanuddin yang sebelum ini turut bertanding di kawasan yang sama pada pilihan raya umum ke-12.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh(MPT) di sini, Ahad.

Pada pilihan raya umum 2008, BN yang diwakili Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim memenangi kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi. mstar

-- Keputusan Terkini Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau : Roslan Menang Majoriti 3,643
-- (Gambar) Saga BLM Terbakar Berlanggar Frontier Di Jln Masjid Tanah-Sg Udang, 1 Maut 3 Parah
-- Wardina Kesal Pujian Bekas Mufti, Dr Asri Dikontroversikan
-- (Gambar) Lg Gambar Ally Iskandar Dan Aishah Zainal Di Majlis Pertunangan

1 comment:

✿ etiey erywan ✿ said...

tahniah bn... terus meneraju