ad ld

Thursday, March 24, 2011

Ibu Kahwin Lain Patah Tangan Kena Pasu Bunga Dihentak Anaknya

Berang kerana tidak bersetuju perkahwinan semula ibunya dengan individu lain, seorang lelaki berusia 28 tahun bukan saja memaki-hamun bapa tirinya, malah bertindak kejam membelasah ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Jalan Teratai, Ampang, di sini, Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita berusia lewat 40-an terbabit mendakwa cedera di tubuh selain patah tangan kanan selepas terkena pasu bunga yang dihentak anak lelaki tunggalnya itu.

Kecewa dengan tindakan kejam anaknya itu, mangsa ditemani suami membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung insiden berkenaan. Difahamkan, wanita terbabit baru berkahwin dengan lelaki berusia lewat 40-an kira-kira empat bulan lalu selepas dia kematian suami dua tahun lalu. Namun, anak lelakinya itu dikatakan tidak merestui hubungan berkenaan selain sering memberontak.



Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, ketika mangsa berada di rumah mereka, suspek dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan marah. “Sebaik masuk ke dalam rumah, suspek dikatakan memaki-hamun bapa tirinya dengan kata-kata kesat. Tindakan bapa tiri suspek yang mendiamkan diri menyebabkan suspek bertambah berang, namun dia tidak menyerang lelaki terbabit.

Sebaliknya, suspek beralih arah kepada ibunya sebelum dia memaki-hamun wanita berkenaan. Tidak tahan dengan tindakan biadab anak lelakinya itu, wanita terbabit mula mempertikaikan sikapnya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka lebih 20 minit,” katanya. Difahamkan, bapa tiri suspek masih mengambil pendekatan berdiam diri kerana pada mulanya dia yakin kedua-dua beranak itu mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri selain tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Sumber itu berkata, suspek bagaimanapun hilang pertimbangan sebelum dia dikatakan memecahkan semua barangan dalam rumah itu.

Walaupun ibunya menangis sambil merayu kepada suspek supaya memberhentikan tindakannya itu, lelaki terbabit tidak mengendahkan rayuan berkenaan sebaliknya dia menjadi lebih agresif,” katanya. Sumber itu berkata, tidak tahan melihat tindakan anaknya itu, wanita terbabit mula menghalangnya, namun tindakannya menyebabkan dia dipukul anak kandungnya itu.

“Masih tidak puas hati, suspek menghentak ibunya menggunakan pasu bunga dan walaupun wanita terbabit sempat mengelak, hentakan itu tepat mengenai tangan kanannya. “Melihat ibunya mengerang kesakitan, suspek melarikan diri dari rumah berkenaan. Bapa tiri suspek membawa ibunya ke klinik di kawasan berhampiran sebelum doktor yang merawatnya mengesahkan tangan kanan mangsa patah,” katanya. Selepas menerima rawatan, mangsa tampil di balai polis berhampiran rumahnya sebelum membuat laporan berhubung insiden berkenaan kerana mendakwa bimbang terhadap keselamatan diri dan suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. hmetro

-- (Gambar) Suami Erra Fazira, Engku Emran Kahwin Lain???
-- (Gambar) Datuk T Adalah Tan Sri Rahim, Shazryl Eskay Dan Datuk Shuib Lazim
-- (Gambar) Majlis Cukur Jambul Khyra Khalyssa Anak Dynas Mokhtar
-- Gambar Fasha Sandha Di Langkawi

8 comments:

hazdiela said...

dunia skrg..mcm-mcm jadi...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

ya rabbi..mcm2 ye kak hanim dunia ni..haihhh nauzubilla jd kat kita kan

Bionic women said...

yAAllah, kesiannya lah mak dia..
bukannya dia wat dosa,
dah ler suami meninggal bukan bercerai..kalau bercerai leh ler kata lelaki tu pncanya..
Anak zaman sekarang ni ramai yg pentingkan diri, x pikir tentang perasaan seorang ibu..
semoga anak2 kita nnti, tidak ler sekejam ini..Ya Allah lindungi lah anak2 kami..

✿ etiey erywan ✿ said...

huhu macam2 yang terjadi bukan jangkaan pemikiran manusia

Mama Hanim said...

hazdiela: tu la kan, apa nk jd daa.. tq sudi dtg sini..

Mama Hanim said...

rose: semoga kita semua dijauhkan drp perkara2 sebegitu kan.

Mama Hanim said...

Eily: Amin.
tu la kan, nak marah pn agak2 la, ibu kandung tu.

Mama Hanim said...

etiey erywan: skang ni ramai yg bt apa2 suka hati je kan.. mcm x dpt fikir baik buruk dah.