ad ld

Thursday, March 31, 2011

(Gambar) Banjir Di Perlis Bertambah Buruk

Assalamualaikum. Bumi dh semakin tua kan, cuaca dh x ikut musim spt biasa. Sblm ni kt Kedah panas kering antara bulan 2-4, tp lately boleh kata hujan hari2 sgt lebat. Area utara dh byk yg banjir, Baling Kedah, Kerian Perak n terbaru Perlis plak.

- Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan 2,386 mangsa daripada 593 keluarga dipindahkan ke 25 buah pusat pemindahan yang dibuka kerajaan negeri sejak kelmarin.



Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azizan Hamid berkata, mangsa di daerah Kangar merupakan paling ramai dipindahkan ekoran banyak penempatan penduduk dinaiki air sehingga paras pinggang. Bagaimanapun, pihaknya menyifatkan banjir kali ini bukan bencana alam sebaliknya merupakan banjir kilat ekoran hanya di kawasan bandar paling teruk terjejas.

"Taburan hujan sejak 29 Mac lalu mencatatkan taburan tertinggi sekitar 130 milimeter menyebabkan sungai Perlis melimpah di sekitar di bandar Kangar. "Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih melepaskan air daripada enam Empangan Timah Tasoh ekoran paras air di empangan itu melebihi paras normal," katanya. kosmo

-- (Gambar) Intan Ladyana Nafi Bersekedudukan Dengan Kamal Adli
-- Gelaran Datuk A.C Mizal Ditarik Balik? 

12 comments:

ct N honey said...

risau juga,anak ddk kat baling kedah.

amal said...

erm.. memang dunia dah berubah. bulan 2 dan 3 sepatutnya panas. tapi sekarang hujan memanjang.. hmm

ieda said...

skrg nie perlis pulak yg beria banjir .. selalu tu negeri2 pantai timur jer .. huhuhu

SyidaGorjes said...

masa mula2 dengar mcm pelik je east coast banjir.

✿ etiey erywan ✿ ©™ said...

kuasa allah kn, buln 4 pun bnjir kan

diana said...

saya suka hujan..
tapi tak nak la sampai banjir2 ni..
kesian ...

Mama Hanim said...

ct n honey: hari ni kedah dh x hujan. semoga banjir makin pulih kan.

Mama Hanim said...

amal: tu la kan, dunia dh makin tua, lari dh jadual musim nya. huhu..

Mama Hanim said...

ieda: btul tu kak. kangar n arau banjir teruk.

Mama Hanim said...

SyidaGorjes: musim dh x bleh agak skang ni.

Mama Hanim said...

etiey erywan: betul tu, semuanya kuasa Tuhan kan.

Mama Hanim said...

diana: hujan mmg best, sejuk je keadaan sekeliling tp bila dh banjir jd susah plak kan.