ad ld

Thursday, March 10, 2011

7 Kali Gugurkan Bayi Dlm 4 Tahun, Tabik Sama Lu!!!!

'Hebat' betul dia ni. 7 tujuh kali gugurkan kandungan dlm masa 4 tahun hasil hubungan dgn teman lelaki. Perhh.. Tp kesian gak, nape bleh jd smp cmtu..huhu.

-Ipoh: Akibat begitu mudah termakan pujuk rayu teman lelaki, seorang janda muda membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu pernah menggugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Balqis, 32, berkata perkara tidak masuk akal dilakukannya itu bermula selepas dia bercerai dan berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin pada 2007. Menurutnya, lelaki itu berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat.

Saya meletakkan harapan tinggi kepadanya apatah lagi dengan hidup saya yang terumbang-ambing selain perlu membesarkan tiga anak hasil perkahwinan pertama sebelum ini. Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali.

Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali ‘cuci’. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima. “Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim,” katanya.

Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin. “Pernah sekali saya menanggung kesakitan amat sangat selepas menggugurkan kandungan berusia tiga bulan yang ketika itu sudah mempunyai bentuk bayi. Malah pernah juga saya ‘lekat’ mengandung semula hanya selepas dua bulan menggugurkan janin.

“Sepatutnya saya menjalani tempoh pantang seperti wanita bersalin, namun semua itu saya abaikan kerana faktor kerja selain bimbang diketahui rakan sekerja,” katanya. Menurutnya, dia hanya mengambil cuti rehat antara empat hari hingga seminggu.

“Akibat terlalu kerap menggugurkan janin, saya mengalami tekanan hidup, murung selain kerap dihantui rasa berdosa. Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur. “Sepanjang empat tahun itu, saya disahkan mengandung enam kali sebelum menggugurkan kandungan itu menyebabkan berat badan saya susut kepada 47 kilogram, katanya. hmetro

-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
-- (Gambar) Wanita Ditemui Koma Dicampak Slps Dipukul Dirogol Di Port Dickson
-- (Gambar) Pelakon Terbakar : Emma Akma Bimbang Wajah Kekasih Jadi Buruk
-- (Gambar) Daphne Kahwin, Peluk Islam Slps Melawat Taj Mahal

11 comments:

siti maizurah ismail said...

ya ALLAH..bil manusia hilang kewarasan..mcm2 leh jadi kan??

SyidaGorjes said...

macam mana rupa ovari dia kalau sampai 7x buat ek?

BIONIC WOMEN said...

Ya Allah, hadoooiii, ase nak jer tempeleng pompuan nih.
Tau x aku ni dah macam2 buat nak ngandung ag tau..huhuhuhu...
* opppss...terlepas marah kat sini lak

Kot yea pun x ingat dosa masa wat dosa tuh, pakai ler pil perancang, xder ler ngko ngandung sampai 7x tapi buang jer..
Jahat ler dia nih.. x suka

ieda said...

eiii x rabak pulak rahim dia erkk .. sbb kalau gugur kena cuci .. or else dia gugur sendiri huhuhu

✿ etiey erywan ✿ said...

beraninya dia kan... tak fikir ke impact masa depan.. lambatnya tuhan bagi balasan. bair dia insaf dan tak baut keje cam gini lg

Jieda said...

Agaknya satu hari nanti bila ada effecet dari perbuatan dia yang menggugurkan anak tu,masa tu la dia akan tau langit tu tinggi atau rendah.Nak menyesal dah tak guna pun.

Tihara said...

itu lah org yg tk nak anak mudah je dpt tp mudah je buang,,org yg nk anak susah nk dpt..habis ribu riban tk dpt2 jugak.Tuhan nak tunjuk kekuasaan Nya.namun manusia tk pernah serik

nuriz said...

alahai bakpo le jadi lagu tu wehhh...teruk2

axelida said...

ermmm macam-macam masalah sosial skang nih... semoga beliau cepat2 insaf

diana said...

hidupla kamu didalam kekesalan seumur hidup..
kesian...

Dda Ly said...

ya rabbi...tak effect pape ke rahim die tuh??

meh ke rumah..
~kekasih hati chinta jiwa~
keep in touch ye..♥♥♥