Sedih tgk picca ni, seorg ibu merenung pilu tmpt anaknya berusia 13 bulan ditemui terapung lemas di depan rumahnya. Al -Fatihah utk arwah.
- Kuala Terengganu: “Apabila tengok anak bongsu tiada di sisi ketika bangun tidur, saya bingkas mencarinya dan hati mula berdebar. Sebaik membuka pintu depan, luluh hati saya apabila nampak dia terapung dalam air dengan sebelah tangannya memegang anak tangga." Demikian kata Norazilawati Ibrahim, 30, yang kematian anak bongsunya, Nur Hasniatul Nabila Zaidi, 13 bulan, yang lemas apabila pekarangan rumah mereka di Kampung Raja Baram, Chendering di sini, dinaiki air sedalam kira-kira 0.2 meter, kira-kira jam 8 pagi semalam.
Norazilawati berkata, sebaik melihat anaknya dalam keadaan menyayat hati itu, dia terus mengangkat bayinya dan memanggil suami, namun usaha mereka menyelamatkan anak bongsu daripada dua beradik itu dengan memberi pertolongan cemas tidak berjaya. "Kebiasaannya saya terjaga daripada tidur dengan dikejutkannya, tapi hari ini (semalam) hari paling malang kerana saya pula yang terkejut apabila mendapati dia tiada di sisi apabila bangun tidur,”katanya.
Menurutnya, mangsa sebelum ini bersikap pelik apabila kelihatan gembira malah selera makannya bertambah selain sempat bergurau dengan bapanya, Zaidi Mamat, 32, seorang nelayan kira-kira jam 10 malam sebelum tidur. Malam tadi (kelmarin) dia sempat bermain telefon bimbit bapanya. Biasanya suami menegur tetapi semalam (kelmarin) pelik apabila dia hanya tengok dan tidak cakap apa-apa. “Sebelum ini, dia seperti tunjuk tanda pelik kerana mesra dengan semua ahli keluarga dan nak bersalam dengan mereka, sedangkan sebelum ini dia agak pemalu,” katanya.
Norazilawati berkata, sebelum kejadian dia bersama anak dan suami tidur di ruang tamu berhampiran pintu depan kerana khuatir air bertambah naik selepas perkarangan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang kelmarin. Menurutnya, kira-kira jam 2 pagi dia terjaga dan mengalihkan Nur Hasniatul Nabila daripada buaian untuk tidur di sebelahnya sebelum anaknya itu merengek meminta susu kira-kira jam 4 pagi.
“Saya tidak sangka itu kali terakhir melihat wajah anak yang menangis mahukan susu sebelum menemuinya terapung dalam air pagi tadi (semalam),” katanya. Datuk mangsa, Mamat @ Muhammad Muda, 62, membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Chendering dan jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Pandak, Chendering di sini, kira-kira jam 3 petang selepas solat Jumaat, semalam.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Superintendan Khazahari Che Amat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. hmetro
-- (Video) Gadis Cuba Bunuh Diri Terjun Di KB Mall Kota Bharu Kelantan 24.3.11
-- (Gambar) Bekas Isteri Datuk K, Tengku Zawiyah Bakal Berkahwin Dgn Datuk Joseph King
-- (Gambar) Majlis Cukur Jambul Khyra Khalyssa Anak Dynas Mokhtar
-- (Gambar) Majlis Pernikahan Kris Dayanti Raul Lemos
No comments:
Post a Comment