ad ld

Monday, February 28, 2011

(Gambar) Didakwa Cabul 12 Pelajar Perempuan, Guru Ditahan Polis

Slmt hari Isnin.. Semlm sempat gak tgk berita kuar pasal cikgu 'doktor' nih. Guru didakwa cabul 12 pelajar perempuan form 3 sblm merotan krn gagal hadiri perhimpunan sekolah. Uols nak baca detail tgk kt bawah tu ye.

Kuala Lumpur: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu. Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya. Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,"katanya.

Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi. Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya. petikan hmetro

-- (Gambar) Pernikahan Siti Sarah Dan Shuib Sepah
-- (Gambar) Neelofa Dewi Remaja Punca Maria Farida - Shahz Jaszle Putus?
-- (Gambar) Daphne Kahwin, Peluk Islam Slps Melawat Taj Mahal
-- (Gambar) Shahir AF8 Disyaki Sakit Kanser Hati

3 comments:

edane said...

macam-macam karenah manusia sekarang ni...

Syida said...

amik kesempatan ye chegu?
kan da kena.....

samsularifin said...

guru disiplin konon amik kesempatan pulak nak main raba - raba ek..