ad ld

Wednesday, June 16, 2010

PEROKOK BELASAH PEGAWAI

Tak puas hati kena notis kompaun merokok di surau hospital

Seorang Pegawai Kesihatan Awam cedera akibat ditumbuk dan ditendang tiga lelaki yang tidak berpuas hati selepas dikenakan notis saman larangan merokok dalam operasi kesihatan awam di sebuah surau di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, seorang lelaki berusia 54 tahun yang sedang menghisap rokok di kawasan larangan terkejut apabila tiba-tiba dihampiri seorang pegawai penguat kuasa Pejabat Kesihatan Daerah, Yan berusia 25 tahun yang kemudiannya mengeluarkan notis kompaun menghisap rokok di kawasan larangan terhadapnya.

Akibat berang dikenakan tindakan itu lelaki berkenaan memanggil dua lagi rakannya yang berusia 40-an dan 50-an sebelum memukul mangsa bertubi-tubi menyebabkan muka dan badannya lebam.

 --> Petikan bharian online. Baca SINI.

6 comments:

Unknown said...

wowieeeee cerah nya blog akak..dah boleh baca dgn terang merang..hehe

Ena said...

tu la kan kak, ntah apa2 la drang nie.. dah buat salah tu admit jer la.. ni tak!.. main belasah pulak.. haihhhhh!!

Syida said...

dah buat salah, dia pulak yg belasah orang.apa la salahnye dia admit jek, bukannya pegawai tu nak belasah dia pun.

Mama Hanim said...

mama darwisy; thanks..semuanya untuk mu..huhuhu

ena; tu la pasal..pegi surau dah bagus tapi cane leh tahap kesabaran kurang..:p

syidamislan; rasa ego tercabar kot...haii..donia donia..apa nak jadi...

Anonymous said...

sabor ajelh mamat yg keluarkn kompaun tu x psl2 kena bantai !

Mama Hanim said...

Kf: bt kerja pn salah, x buat kerja lagi la salah kan..