Baru-baru ini, Memey mahupun Norman tidak menolak untuk merakamkan gambar mereka berdua yang penuh mesra bagaikan pasangan suami-isteri.
“Saya rasa tak salah bergambar kerana aksi kami itu bukan sengaja dilakukan sebaliknya atas permintaan pihak media.
“Kami tahu yang sepatutnya kami tidak perlu menunjuk-nunjuk kemesraan itu. Bagaimanapun, kami masih menjaga batasan antara satu sama lain kerana banyak hati yang perlu dijaga,” beritahunya sambil tertawa kecil.
Sama ada tingkah laku mereka itu akan meninggalkan kesan buruk atau tidak, Memey mahu menganggap semua itu sebagai suatu yang positif.
“Kalau saya terus memikirkan tentang apa yang orang katakan, sampai bila pun takkan selesai. Saya tak nak dengar apa yang orang akan cakap tentang kami selepas ini. Cukuplah masyarakat sudah tahu hubungan kami dan ianya tidak perlu dirahsiakan lagi.
“Saya rasa gambar kami berdua tidak perlu dikontroversikan,” katanya yang semakin menyerlah dalam bidang lakonan.
Selepas beberapa kali diberikan watak utama seperti menerusi drama Cinta Balkis dan Puteri Aurora Beradu, Memey ditawarkan berlakon dua lagi watak utama menerusi drama Impian Cinta dan Bola Cinta.
“Saya sedang menjalani penggambaran drama 30 episod Bola Cinta dan drama 13 episod Impian Cinta.
“Kedua-dua drama itu terbitan RTM dan berkisarkan tentang cerita cinta. Dalam drama Bola Cinta, saya bercinta dengan Shah Jazle manakala saya bercinta dengan Zoey untuk drama Impian Cinta.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan tawaran lakonan yang masih tidak putus sekarang,” ujarnya. - mStar
13 comments:
eee menciiii...
erk
diorang ni kawen je kan senang
xpayah nak jadik spekulasi lagi dah
huhu
nasib baik anak2 kecik2 lagi
kalau tak apelah yang die cakap bile tgk ayah ngan ppuan lain
huhu
yuks!
meluat nak muntahhhhhhhh
yang wartawan ni pun takyah la nak tulis cerita meluat camni ...
kenapalah dia tu....kawin ajelah kan senang...
geli!
sok pas kawen (kalu jd kawen lar kan) sume kuar yg burok2 jek..cehh plastik!
DiariHatiku76: huhu..tau xpe..
En Ilham: Stuju2.. kesian anak2 kan..
Adlina: sound good bebeh..hehe..
Nieza: huhu.. kan loving couple tu katakan.. kui3..
Zaidah: tu la kan.. jalan terbaik..
Tinie: bagi chance la dorg nk kena kutuk lagi..
best kot dibenci org agaknya..huhu..
pantang tol laaaa aku tgk si memey ni tau.. betul.. bila tgk je jadi emo.. didoakan biar mereka bercerai kaalu kawin nnti.. (hahahaha tgk! emo ke tak? emo kan? kan? kan?)
Post a Comment