ad ld

Sunday, November 14, 2010

(Gambar) Kes Tetak Samurai: Tangan Kiri Anas Safian 3 Thn Mungkin Dipotong

KUANTAN 12 Nov. – Tangan kiri Anas Safian Effa Rizal, 3, salah seorang mangsa amuk seorang lelaki di sini mungkin terpaksa dipotong jika pihak perubatan gagal melakukan sambungan melalui pembedahan.

Menurut ibunya, Suhana Mohamad, 33, ini disebabkan bahagian antara buku lima dengan pergelangan tangan (metacarpal) anaknya itu mengalami kecederaan teruk dan banyak urat saraf di kawasan itu terputus.



Kanak-kanak itu mengalami kecederaan parah di bahagian tersebut akibat ditetak menggunakan pedang samurai oleh seorang lelaki yang menyerang rumah pengasuhnya kira-kira pukul 9.30 pagi ini. “Doktor beritahu urat tangan banyak putus dan cuba disambung semula melalui pembedahan bermula pukul 3 petang ini. Kalau urat saraf tidak berjaya disambung, tangannya terpaksa dipotong,” katanya ketika ditemui di Dewan Bedah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Menurut ibu kanak-kanak itu yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Akar, ibu jari tangan kiri anaknya hampir terputus dengan hanya sedikit kulit yang menyambungnya daripada putus terus. “Saya dan suami berharap pihak hospital berjaya menyambungnya semula. Selain itu, bahagian kiri kepala, bahu kiri, tangan kiri dan kaki kiri juga mengalami pendarahan teruk akibat ditetak,” jelas ibu kepada dua anak itu.

Sementara itu bapa mangsa, Effa Rizal Ali, 33, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu ketika sedang mengajar di SMK Air Putih di sini. - utusan

3 comments:

cha said...

Allah-huakbar.

munna said...

aduhai kesiannya... anak yg kita jaga penuh kasih sayang tiba2 jadi macamni ... tak sanngup melihat penderitaanya

Ena said...

ya Allah... kesiannya..
moga2 dapat la disambungkan urat sarafnya..