Tahap jerebu di Muar semalam memasuki paras berbahaya  apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencecah 432. Serentak dengan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri  Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan agar sesi persekolahan  di daerah itu dihentikan buat sementara jika keadaan tersebut  berterusan.
"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya,  maka mestilah ditutup sehingga situasi kembali baik," katanya kepada  pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Majlis  Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar di pejabatnya di  Bangunan Parlimen di sini semalam.
Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghantar 10,000  unit penutup mulut dan hidung ke Muar selain bekalan air mineral untuk  diagihkan kepada penduduk. Muhyiddin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengaktifkan  Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat bagi memantau dan  mengawal jerebu selain menggerakkan semua jawatankuasa di peringkat  negeri dan daerah yang terbabit.
Selain Muar, beberapa kawasan di Melaka turut terjejas dengan bacaan IPU 106 semalam. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Abd. Hapiz A. Samad  berkata, bacaan IPU meningkat daripada 106 pada pukul 7 pagi semalam  kepada 111 menjelang tengah hari. Beliau menasihatkan penduduk supaya berwaspada kerana keadaan itu  yang bermula Jumaat lalu dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini. kosmo
-- Marion Caunter Mengandung Anak Kedua (Gambar)
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!! 

2 comments:
datang baca berita
http://mamawanie79.blogspot.com/
Kesihatan diri perlu diutamakan.
Post a Comment