ad ld

Wednesday, October 27, 2010

Saida AF (Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Mohon Cerai Di Mahkamah Rendah Syariah

KUALA LUMPUR – Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi Saida yang merupakan kakak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terjawab apabila permohonan cerai secara baik penyanyi itu dimulakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Suhaily Rosdi tersebut bagaimanapun hanya dihadiri oleh peguam syarie, Noor Azlina Che Hasan yang mewakili Saida.

SAIDA (kanan) dan Mohd. Ghazali masih mengharapkan rumah tangga merekadapat diselamatkan walaupun telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam

Saida atau
nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 34, memfailkan permohonan perceraian di bawah Seksyen 46 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 6 Oktober lalu. Beliau sebagai plaintif menamakan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, sebagai defendan. Bagaimanapun, masing-masing tidak hadir kerana prosiding hari ini tidak memerlukan mereka berbuat demikian.

Terdahulu, Noor Azlina memohon agar mahkamah memberikan tempoh lebih kurang dua bulan kerana kedua-dua pihak ingin membuat perbincangan semula sama ada mahu meneruskan permohonan tersebut.
Mohd. Suhaily kemudian menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 20 Disember ini. - kosmo

-- Tak Hormat Arwah Bapa, Punca Saida Mahu Cerai
-- (Gambar) Saida AF6 Tetap Mahu Bercerai
-- (Gambar) Lg Gambar Ally Iskandar Dan Aishah Zainal Di Majlis Pertunangan
-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary

6 comments:

mamaarifakeemaisy said...

alahaii..kalau tak jd artis, takde la org sibuk2 nk ambik port kan..skrg..huhu..

eB ezrin said...

aik?... napo?... xthn kena gosip ker?

eiela said...

macam-macam lah artis sekarang nih

Anonymous said...

alamak!!!

BIONIC WOMEN said...

pelik ler bila jadi artis jer, pastu mulalah nak bercerai berai..mungkin komitment kat kuarga x sama macam dulu kot..

yanamib said...

saida ni bkn femes sgt pon..hehh..hopefully dpt la dorg slmtkan rmh tangga...klu perlu berenti jd artis, berenti la..demi keluarga! =)