ad ld

Thursday, October 7, 2010

Terkini Kes Datuk Sosilawati Mati Dibunuh: Jesyntha Yang Diburu Polis Serah Diri

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Jesyntha Clarene Isreal yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Menurut laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jesyntha menyerah diri dengan ditemani peguamnya kira-kira pukul 5 petang sebelum ditahan oleh polis.

Baru-baru ini, PDRM melalui laman Facebooknya itu mendedahkan maklumat mengenai wanita tersebut yang berusia 27 tahun kepada umum kerana dipercayai mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.   



Media tempatan turut melaporkan bahawa Jesyntha difahamkan merupakan isteri kedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam tersebut yang dikatakan mengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan. - Utusan

No comments: