ad ld

Friday, October 1, 2010

Lif Jatuh Dari Tingkat 6, 4 Cedera

PETALING JAYA: “Seluruh bangunan pangsapuri 18 tingkat ini bergegar kuat seperti gempa bumi sejurus lif berkenaan terhempas jatuh diikuti dengan bunyi letupan,” kata salah seorang pelajar, Mohd Taqiuddin Ali, 15, yang kebetulan menunggu di hadapan pintu lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat sembilan pangsapuri berkenaan, semalam. Menurutnya, dia yang tergamam dengan kejadian itu mampu mendengar bunyi jeritan dan rintihan mangsa yang ketika itu masih terperangkap di dalam lif.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasang suami isteri dan dua pelajar cedera selepas lif dinaiki mereka untuk pulang ke unit rumah masing-masing terhempas di tingkat bawah Blok A, Pangsapuri Impian Baiduri. 

Ketika itu beberapa penghuni pangsapuri yang terkejut dengan bunyi dentuman itu segera turun sebelum berusaha mengumpil pintu lif berkenaan. Sebaik pintu lif terbabit dibuka, saya melihat beberapa mangsa bergelimpangan kesakitan dalam lif dan seorang pelajar sekolah perempuan terbaring tidak sedarkan diri,” katanya. Menurutnya, ketika itu, dia sempat melihat salah seorang mangsa adalah guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama yang dikenali sebagai Cikgu Zarina. Dia dipercayai patah pinggang didukung suaminya keluar dari lif, sebelum dibaringkan di lantai ruang legar di hadapan lif terbabit.

Lelaki terbabit yang juga suami kepada Cikgu Zarina turut mendukung pelajar perempuan tingkatan satu bernama Azizah keluar. Keadaan menjadi kelam-kabut berikutan orang ramai berpusu-pusu melihat apa yang berlaku. Menurutnya, seorang lagi mangsa yang juga pelajar lelaki tingkatan dua turut patah pergelangan kaki. Tidak berapa lama kemudian ambulans dan jentera bomba dan penyelamat Petaling Jaya muncul sebelum semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pengerusi Penduduk Pangsapuri Impian Baiduri, Tambi Chik Hassan, 45, berkata, kejadian lif rosak di pangsapuri Blok A kerap kali berlaku hingga menyukarkan kehidupan harian 1,000 penduduk. - hmetro

-- Kejadian yg menakutkan..

4 comments:

kella said...

kejadian yang tak di sangka2 nih! hmmm... nasib tiada kemalangan jiwa, tapi cedera, tapi teruk juga patah segala..
mintak dijauhkan, hari2 memang berlif..

eB ezrin said...

takotnyer...nauzubillah....

TuYa said...

malang tak berbau la ni..
bahaya jugak kan..

amal said...

erk ngeri! sampai patah oinggang ape sume. mmg kuat hentakan tu. huu takut