ad ld

Wednesday, October 20, 2010

Tragedi Bot Ekspress Karam Di Sg Anap Tatau: 2 Lagi Mayat Ditemui

BINTULU 19 Okt. — Dua lagi mayat tragedi bot ekspres karam selepas berlanggar dengan tongkang di hulu Sungai Anap Tatau petang semalam, ditemui hari ini, menjadikan jumlah yang disahkan terkorban dalam tragedi itu sehingga kini ialah enam orang.

Kedua-dua mayat wanita itu, seorang daripadanya dikenali sebagai Bermas anak Nyuin, 26, ditemui pasukan mencari dan menyelamat di dasar Sungai Kakus di Ulu Tatau, kira-kira 60 km dari sini.

Mayat pertama ditemui pada pukul 1.30 petang manakala satu lagi mayat ditemui kira-kira setengah jam selepas itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mohmad Salleh. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, bot ekspres yang dalam perjalanan dari Pekan Tatu ke Hulu Kakus terbalik dan karam selepas berlanggar dengan tongkang balak. Bot itu bertolak dari Pekan Tatau pada pukul 1.30 petang.

Empat mayat ditemui petang semalam, iaitu bayi berusia lima bulan Jennifer Yak; dua lelaki dewasa iaitu Wong Siew Guan, 21; dan Wilfred Ukir Salleh, 56; serta seorang wanita Meas anak Renggan, 75.

Tujuh belas penumpang termasuk empat kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun selamat. - Utusan

1 comment:

Celez said...

Semoga Mangsa Ditemui Semua.....Dan Cepat Sembuh Kpda Yang Cedera....Dan Takziah Kpda Yang Meninggal....

Pesanan Daripada Celestine Remang 2E
SMK Tatau....