
Difahamkan, jarak antara rumah mangsa dengan kawasan pembuangan itu hanya 50 meter. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Supritendan R. Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Katanya, siasatan awal mendapati wanita tersebut telah membuang mayat suaminya pada Sabtu lalu dengan mengheretnya ke kawasan semak.
“Ada penduduk mendakwa ternampak wanita itu mengheret beg plastik hitam pada pukul 12 tengah malam Sabtu lalu tetapi tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah mayat suaminya ditemui pukul 7.30 pagi tadi (semalam).
“Siasatan awal kita mendapati ketika itu suami mangsa baru sahaja meninggal dunia dan wanita tersebut bertindak sedemikian kerana tidak tahu hendak buat apa,” katanya yang memberitahu pasangan itu hanya tinggal berdua di situ. - kosmo
2 comments:
kesiannya kan.. tak de anak ke erk? yerla maknya dah sakit.. bila jd kes mcm tu tak leh nak salahkan sapa2 dah
nak cakap aper ag..dah sakit mental..sian plak laki dia tu..
Post a Comment