ad ld

Saturday, October 23, 2010

Rooney Bt Lawak, Smbg Kontrak Bru 5 Thn Lg Dgn Manchester United

Salam pagi sabtu.. Agak tercuit hati, lawak pn ada rasanya tgk artikel pasal Rooney nih. Mula2 td heran gak bakpo hubby senyum sorg2 tgk paper, rupanya ada citer lawak. Huhuhu..

Wayne Rooney beb, seminggu dua ni heboh nk tinggalkan Manchester United tup2 semlm setuju plak smbg kontrak utk 5 thn lg. Terrer btul skill Ferguson tu dlm hal pujuk memujuk agaknya..kui3.. 

Buat Lawak...jurulatih Perth Glory, Ian Ferguson (kiri) pada sidang media bersama pemain yang menggunakan gambar Rooney. Pasukan itu mengalu-alukan sekiranya Rooney berminat beraksi di Liga-A.

MANCHESTER (England): Wayne Rooney bersetuju melanjutkan kontraknya lima tahun lagi dengan Manchester United semalam untuk kekal di kelab Liga Perdana Inggeris itu sehingga Jun 2015.


Rooney berkata pada awal minggu ini dia tidak akan melanjutkan kontraknya selepas 2012 kerana tidak gembira di United yang kurang bercita-cita tinggi namun mengubah hasratnya itu selepas mengadakan perbincangan dengan kelab itu. “Saya gembira menandatangani satu lagi perjanjian di United,” kata Rooney di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan United. “Beberapa hari ini saya sudah bercakap dengan pengurus dan pemilik kelab dan mereka memberi keyakinan kepada saya inilah tempat saya.”

Pengurus United, Alex Ferguson berkata dia gembira kerana Rooney bersetuju menyambung kontraknya. “Kadang kala, apabila anda di dalam kelab, ia adalah sukar menyedari betapa besarnya kelab itu dan ia mengambil sesuatu seperti pertemuan beberapa hari lalu untuk memastikan anda memahaminya,” kata Ferguson di dalam satu kenyataan.

Saya fikir Wayne kini faham betapa hebatnya Manchester United. “Ia adalah minggu yang sukar namun saya mengatakan kepada dia pintu sentiasa terbuka untuknya.” Pemain berusia 24 tahun itu yang kini tersisih kerana kecederaan buku lali berkata dia bertekad untuk kembali ke United mengikut kemahuan penyokongnya. Saya pasti beberapa minggu ini peminat kecewa dengan apa yang mereka baca dan lihat. “Namun kedudukan saya adalah kerana kebimbangan dengan masa depan,” kata Rooney. “Peminat sudah bersama saya sejak tiba di sini dan kini terpulang kepada saya untuk memenangi hati mereka kembali melalui persembahan yang baik.”

Rooney menyertai United pada 2004 dengan harga �26.5 juta (RM 129.7 juta) dan membantu kelab itu menjuarai Liga Perdana pada 2007, 08 dan 09. Rooney dilaporkan terguris dengan Ferguson berikutan tuduhan mengenai kehidupan peribadi pemain itu.

“Saya pasti semua pihak yang terbabit dengan kelab berada di belakang Wayne dan menunjukkan sokongan untuk mempamerkan persembahan yang kita tahu apa yang mampu dilakukannya,” kata Ferguson. - hmetro

No comments: