ad ld

Friday, October 29, 2010

Siti Balqis Lari Ke Jelebu, Bukan Dilarikan Jin Ke Gunung Jerai

BESUT, 28 Okt -- Kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang mencetuskan misteri dan menarik perhatian ramai sejak lebih dua bulan, terjawab apabila beliau ditemui di rumah rakannya di Jelebu, Negeri Sembilan Rabu.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamarudin Mohd Zakaria berkata polis yang mula menyiasat kes kehilangan gadis itu, mendapati khidmat pesanan ringkas (SMS) Siti Balqis kepada ibunya dihantar dari Negeri Sembilan, dan bukan dari Gunung Jerai, Kedah.

"Dengan kerjasama polis Negeri Sembilan, kita dapat mengesan Siti Balqis berada di sebuah rumah rakannya yang dikenali menerusi (aktiviti) surat-menyurat sejak lima tahun lalu, iaitu Norwaniza Ramli, 19, di Batu 18, Kampung Ulu Klawang, Jelebu.


"Anggota telah dihantar ke rumah itu dan dia bersama rakannya itu telah dibawa pulang ke sini," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata berdasarkan tiket bas yang ditemui pada Siti Balqis, gadis itu didapati menaiki bas dari Jerteh ke Shah Alam, sebelum ke Negeri Sembilan, dan beliau sebenarnya merancang untuk pulang ke Besut pada 31 Okt ini.

Sementara itu, Norwaniza ketika ditemui berkata beliau mengenali Siti Balqis menerusi majalah Remaja, dan sejak itu, mereka sering berutus surat tetapi tidak pernah bertemu. Beliau juga berkata Siti Balqis hanya memberitahu menerusi telefon akan berkunjung ke rumahnya, dan gadis itu tiba pada pagi Isnin lepas dengan menaiki sebuah teksi.

Norwaniza mendakwa beliau dan keluarganya tidak mengetahui kisah kehilangan Siti Balqis yang dikatakan ghaib dan menimbulkan misteri, sehinggalah anggota polis datang ke rumahnya. - Bernama

3 comments:

Unknown said...

hampeh... nampaknya ada komplot mengsensasikan kehilangan dia la ekk.. hmm wonder if parents dia pun bersekongkol...
hampeh..
tapi ok la dia dah dijumpai..
Kuman "cuti" Entry

ainzuryn said...

sy memang tak percaya sgt benda mistik ni dr awal lg...nyusahkan org jer budak nih!!

Ayu said...

salam pagi~
emm..bley plak cm2..
ntah2 yg sblum ni dia hilang sbb lari jugak kot....