ad ld

Tuesday, October 5, 2010

Bahana Riba Laptop

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam. Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Foto yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan. Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama. Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

Foto yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan
seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.


Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius. Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007. Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal. Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit. 

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - kosmo

6 comments:

misz myza said...

me pun suka sgt letak laptop atas peha.. huhuhu.. xmo dah la wat.. pns mmg pns.. tp thn je...

LYaFRINA said...

ye k?? xsangka yer.. lya selalu mcm ni.. suka riba lap top..
tq for sharing

eB ezrin said...

tq 4 sharing... tp mmg betoi pn sbb ms preggy dulu dpn pc pn ader lecturer yg tgr jgn dok lama sgt... radiation... abis camnor cheq nk design... bkn leh lukih pakai tgn... hu3

Syida said...

dah namanya lap=riba.hehehee

mamaarifakeemaisy said...

ishh memang ler panas...eina tak berani ler...selalu psgkan fan lg tuk laptop tu..mudah no panasnye..

amal said...

halamak..wani mmg suka riba laptop huuuu...