ad ld

Friday, October 22, 2010

TV3 Didenda Max RM50,000 Krn Iklan Raya 'Sinari Lebaran'

Salam.. Uols still igt kes iklan raya TV3 bulan Ramadhan lps yg kontroversi tu? Hari ni TV3 kena denda max RM50,000 beb gara2 iklan tu..

-- Ekoran tidak berhati-hati pihak pengurusan dalam meluluskan penerbitan iklan di televisyen, pihak TV3 hari ini telah didenda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya bertajuk Sinari Lebaran.


Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,  Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen pagi ini berkata, pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu.

Ia disiasat di bawah Seksyen 206(3) akta AKM dan telah memutuskan mengenakan hukuman maksima iaitu RM50,000 atas kesalahan itu. TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita. Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sehubungan itu, iklan yang hanya mampu bertahan sehari itu ditarik balik oleh pihak TV3 selepas mendapat bantahan orang ramai termasuk  NGO dan parti politik. TV3 kemudiannya menggantikan slot iklan tersebut dengan menayangkan iklan  raya tahun-tahun lepas.

Kesan dari iklan itu juga melihatkan pihak TV3 terpaksa menutup laman sosialnya sementara dan beberapa laman FB yang mengecam iklan tersebut juga diwujudkan.

-- KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Stesen televisyen swasta TV3 dikenakan kompaun maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan penyiaran iklan Aidilfitri 'Sinari Lebaran' yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata keputusan itu dibuat selepas SKMM menyiasat aduan orang ramai mengenai iklan tersebut mengikut Seksyen 206 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) di Dewan Rakyat, di sini Khamis.

Zulkifli ingin tahu tindakan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan tersebut sempena Aidilfitri bulan lepas. - bernama

2 comments:

mamaarifakeemaisy said...

haaa kan dah kena..alahai..! tak balik modal! rugi lagi adoo..

Ken Wooi said...

macam ini pun boleh? =/