ad ld

Monday, October 25, 2010

(Gambar) Bas Ekspres Delima 10.10.10 Dipandu 120km/j - Kong

KUALA LUMPUR - Bas ekspres yang terbabit kemalangan mengorbankan 13 nyawa di km 223 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat 10 Oktober lalu, didapati dipandu 120 kilometer sejam (km/j) selepas memasuki lebuh raya itu dari tol Alor Gajah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, itu antara penemuan
kajian dan analisis saintifik kemalangan dikendalikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).  Katanya, berikutan kemalangan itu satu mesyuarat membabitkan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Puspakom, polis dan Pihak Berkuasa Lebuhraya Malaysia diadakan pada 14 Oktober.

Laporan mesyuarat itu dikumpul dan dianalisis satu pasukan berkaitan kemalangan Miros, katanya di sini semalam. Beliau berkata, berdasarkan laporan analisis kesan tenaga kemalangan, kemungkinan kelajuan Bas Delima yang membawa 36 penumpang itu, sebelum berhenti ialah antara 94 dan 109km/j.

“Selain itu, terdapat kenderaan lain terbabit mungkin dipandu dengan kelajuan 160km/j,” katanya. - sinarharian

3 comments:

CT said...

Takut lak nk naik bas..tapi ajal kat mana2 kan?

eB ezrin said...

eb sgt takot nk bagi mama naik bas balik ipoh... hu3

Unknown said...

seram :(


da follow

follower ke 300 :)