ad ld

Sunday, October 17, 2010

(Gambar) Mayat Pelajar Bogel Ditemui Dlm Parit Di Ladang Kelapa Sawit

TELUK INTAN: Kebimbangan seorang bapa terjawab apabila anak gadisnya yang tidak pulang ke rumah sebaik ke sekolah pagi kelmarin ditemui mati dalam keadaan berbogel di dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit, di sini, pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya tidak menemui sebarang senjata tajam di lokasi kejadian dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan. Beliau berkata, bapa mangsa,
K Murali, 43, yang juga pengawal keselamatan di ladang berkenaan membuat satu laporan polis kelmarin bagi memaklumkan kehilangan gadis terbabit. “Mengikut laporan itu, mangsa keluar ke sekolah kira-kira jam 7.30 pagi semalam (kelmarin) sebelum ke kelas tambahan di pekan Teluk Intan dan tidak pulang ke rumah seperti biasa sehingga membimbangkan bapanya,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Katanya, bapa mangsa mendakwa melihat Divya memasuki ladang berkenaan selepas turun dari bas menuju ke rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari pondok pengawal tempatnya bekerja. Saksi kejadian memaklumkan menemui beg dan pakaian mangsa terlebih dalu sebelum menemui mayat mangsa dalam parit. Katanya, beg mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tempat mayat mangsa ditemui, manakala sebahagian pakaiannya ditemui di tepi parit tidak jauh dari situ. “Pihak Jabatan Forensik dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) turut dikerah ke tempat kejadian bagi mengesan sebarang bukti yang boleh mengaitkan kematian mangsa. Mayat sudah di hantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat, namun seorang remaja yang juga rakan sekelas mangsa dipercayai bekas teman lelakinya dipanggil untuk membantu siasatan. - hmetro

-- Seks Dalam Kereta
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 

2 comments:

CatlinaFly said...

salam dear...jemput join my contest..ade dua kategori(lucky draw & contest bergambar)..nanti pilih lah mane satu k..

http://catlinaflybaby.blogspot.com/2010/10/catlinaflybaby-celebratesbeautiful-mom.html

Hamizah said...

macam2zaman skrg ni..