ad ld

Thursday, October 7, 2010

Faizal Tahir Luka & Bengkak Kaki Akibat Kemalangan

PETALING JAYA: Penyanyi popular, Faizal Tahir luka dan bengkak pada kakinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuhraya Penchala Link menghala ke Damansara dekat sini pada pukul 3 pagi, Isnin. Menurut pihak pengurusan Monkeybone, Helmi Hamdan, kereta Honda Civic Type-R yang dipandu sendiri oleh Faizal berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu melanggar tembok. 

"Setakat ini, Faizal berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah, tiada kecederaan serius. Cuma dia mengalami demam teruk disebabkan terkena hujan pada hari kejadian. "Kakinya yang baru lepas pembedahan pula luka dan bengkak disebabkan terkena papan pemuka (dash board). "Menurut Faizal menerusi SMS yang dihantar kepada saya, ketika kejadian, dia merasakan seperti ada minyak pada permukaan jalan raya menyebabkan keretanya terbabas," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu. 

Helmi pula tidak dimaklumkan secara terperinci mengenai kejadian itu. itu. Selain Faizal, turut berada dalam kereta berkenaan ialah adiknya tetapi dia tidak mengalami kecederaan. Tambah Helmi, buat masa ini, segala aktiviti seni yang berlangsung pada bulan Oktober ini terpaksa dibatalkan dan Faizal akan kembali bergantung kepada tahap kesihatannya.
Faizal pula gagal dihubungi untuk menceritakan insiden berkenaan. - mstar

1 comment:

Kak Amy said...

salam..

ow ye ke baru tahu nie..sianya dia..

jemput ke sinar raudah

http://sinarraudah.blogspot.com/2010/10/i-want-to-change-my-life-can-i.html