ad ld

Monday, October 18, 2010

Bakal Pengantin Dicekup Kerana Samun Bersenjata Di Alor Setar

ALOR SETAR: Seorang bakal pengantin dicekup kerana dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata ke atas beberapa stesen minyak di sekitar Kota Setar, Jitra dan Kangar. Suspek yang berumur 22 tahun itu dicekup di Gunung Keriang pada 8 Okt lalu, iaitu dua hari sebelum dia akan berkahwin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab berkata bakal pengantin tersebut turut dikehendaki berhubung satu kes rogol di Kuala Nerang dua tahun lalu.



KETUA Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab (kiri) menunjukkan pistol mainan yang digunakan dua lelaki untuk menyamun 19 stesen minyak di daerah Kota Setar, Jitra, Pokok Sena dan Kangar pada sidang media di Alor Setar, hari ini.
 
Sehari sebelum suspek ditahan, seorang rakan suspek yang berumur 25 tahun turut ditahan di Pokok Sena. Beliau berkata kedua-dua suspek aktif menyamun sejak April lalu dan sehingga Oktober lepas, sebanyak 19 buah stesen minyak dan sebuah kedai serbaneka di Pokok Sena telah mereka samun yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM35,000. Mereka didapati menggunakan senjata seperti parang, pisau dan pistol tiruan dan pernah menikam seorang juruwang sebuah stesen minyak tersebut.

"Modus operandi kumpulan ini ialah mereka akan meninjau terlebih dahulu stesen-stesen minyak. Sekiranya tidak ada pelanggan ketika itu, mereka akan masuk ke dalam stesen minyak dan menyamun wang di kaunter juruwang. "Seorang akan masuk ke dalam stesen minyak dengan memakai topi kaledar dan seorang lagi akan menunggu dengan motosikal di luar stesen minyak," kata Abdul Ghafar.Selepas menyamun, mereka akan menukar nombor plat motosikal mereka, katanya. Polis turut merampas tiga buah motosikal yang dipercayai digunakan untuk menyamun, dua pucuk pistol tiruan dan sebilah pisau daripada kedua-duanya.

Mereka kini ditahan reman sehingga 25 Okt ini. - mstar

-- Gambar Kemalangan 3 Maut Di Km 42.7 Jln K Kangsar - Grik

No comments: