ad ld

Friday, October 22, 2010

Kes Rozaliya Hilang: Saya Lari Sbb Tertekan

KEMAMAN – Bakal pengantin yang ditemui semula selepas hilang pada 13 Oktober lalu, Rozaliya Mat Lazim mendakwa beliau melarikan diri ke Kuala Lumpur kerana tertekan dengan sikap tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor, yang tidak mengendahkannya.

Menurut beliau, pada pertemuan terakhirnya dengan Mohd. Helmi, 24, pada 13 Oktober lalu, dia dan tunangnya itu bertengkar di dalam kereta ketika
dalam perjalanan ke Kuantan untuk membeli barang keperluan perkahwinan.

Cerita Rozaliya, 20, punca mereka bergaduh adalah kerana mereka tidak dapat memutuskan siapa yang harus membeli barangan keperluan perkahwinan. “Tiba di Kuantan, dia tinggalkan saya bersendirian di sebuah kedai dan kemudian saya mengeluarkan wang daripada mesin ATM sebuah bank berjumlah RM1,300 untuk membeli barang kahwin.

“Tiba-tiba ada dua lelaki mengekori saya dan sebab takut, saya terus hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Helmi meminta bantuan,” cerita Rozaliya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Ceneh Baru di sini semalam.

Rozaliya mendakwa, walaupun dia menghantar SMS, Helmi langsung tidak mengambil berat tentang keselamatannya.

Beberapa minit kemudian, dakwa Rozaliya, dua lelaki yang mengekorinya telah merampas wang yang baru dikeluarkannya itu sebelum dia sempat memasukkannya ke dalam beg. - kosmo

 Klik SINI
-- (Gambar) Rozaliya Mat Lazim dan Mohd Helmi Putus Tunang

3 comments:

mamaarifakeemaisy said...

hermm..mcm2 la cerita kuar pasni kan..

ainzuryn said...

cite tu macam nak cover jer..rasa tak caye lak..

ieda said...

budak2 lagi nie....tak pandai lg nak hadapi hidup yg penuh suka duka.