ad ld

Saturday, October 30, 2010

(Gambar) Bas Persiaran Terbalik Di Km 38 Genting Sempah Karak, 6 Maut 21 Cedera

KUALA LUMPUR: Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands. Bas tersebut yang
dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut PenolongPengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang mautkerana tersepit di bawah bas.

Sebahagian mangsa (foto) yang terselamat mengambil beg mereka setelah bas pelancongan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah di sini, kira-kira 7.50 malam pada Jumaat. Seramai enam maut manakala 21 lagi penumpang cedera. Mereka merupakan ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan ketika kejadian bas tersebut sedang menuruni Genting Highlands.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini. Mereka dikenali sebagai:-

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17. - mstar

2 comments:

Chybee said...

masyaAllah...kesiannye la. muda2 lagi dah ajal. semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org beriman.

Ken Wooi said...

malang tidak berbau :(