ad ld

Saturday, October 9, 2010

3 Beranak Hilang Ditelan Ombak

BACHOK: “Saya melihat anak sulung dan bongsu kami sedang terkapai-kapai seolah-olah sedang lemas menyebabkan suami terus berlari ke dalam air untuk menyelamatkan mereka. Bagaimanapun, tiba-tiba ombak besar datang dan menghanyutkan mereka,” kata Zainab Awang, 37, mengenai kejadian suaminya, Noordad Mohd Noor, 51, dan dua anak mereka, Fadilah Aisyah, 11, Mohd Nor Haziq Aiman, 6, hilang ditelan ombak ketika berkelah di Pantai Kemasin di sini, petang semalam.

Zainab berkata, ketika kejadian, anak keduanya, Noradawiyah, 8, sedang berenang di tepi pantai menyebabkan dia terus menarik anaknya itu untuk mengelak perkara buruk berlaku. Saya berjaya menariknya kerana dia dekat dengan pantai.
Saya hanya mampu melihat kedua-dua anak yang terkapai-kapai itu dari jauh sebelum mereka dan suami hilang sekelip mata,” katanya. Ketika kejadian kira-kira jam 4.30 petang, dia dan suami berada di tepi pantai sambil mengawasi anak mereka, sedang mandi di pantai berkenaan.

Tidak lama kemudian, mereka melihat Fadilah Aisyah dan Mohd Nor Haziq terkapai-kapai meminta tolong di laut sebelum anak bongsunya hilang daripada penglihatan. Menurut Zainab, suaminya yang panik terus meluru ke arah Fadilah Aisyah yang berada agak jauh dari tepi pantai. Katanya, sebaik Nordad tiba di tempat anaknya, dia melihat arus deras datang secara tiba-tiba lalu menghanyutkan dua ahli keluarganya itu. Kami sekeluarga ke pantai ini untuk berkelah bersama ahli keluarga lain dan sampai kira-kira jam 2 petang. Semua anak saya bersama tiga lagi saudara mereka terus ke pantai untuk mandi sebelum menjamah makanan. Kemudian, sekali lagi mereka ke pantai untuk mandi sebelum berlakunya kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Yuzaini Ahmad Kamil berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira jam 4.37 petang dan tiba ke tempat kejadian 10 minit kemudian. Katanya, enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bachok bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota skuad skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu. Pada jam 5.52 petang, pasukan penyelamat hanya berjaya menemui seorang mangsa, iaitu seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Fadilah Aisyah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sehingga jam 7 malam semalam, dua lagi mangsa masih gagal ditemui dan operasi mencari akan diteruskan hari ini. - hmetro

-- Takziah utk keluarga arwah. Al-Fatihah..
--Terkini : Seorang lagi mangsa, Mohd Nor Haziq Aiman ditemui jam 9.45pg td. 

2 comments:

Unknown said...

sedihnya baca berita ini,harap ibu tu kuat meghadapi dugaan yang amat berat ini

Hamizah said...

innalillahi wainna ilaihi rajiuuun