ad ld

Friday, October 8, 2010

Perhatian : Proton Tarik Gen2, Satria Neo Keluaran 2004 - 2008 Krn Clock Spring

Salam pagi Jumaat. Tentu ramai ant. uols yg miliki Proton Gen2 n Satria Neo kan. Ni ada something utk uols yg berkenaan, tp hanya utk kereta tersebut keluaran antara 2004 - 2008 je. Sila baca ye..

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan. Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise'.                              

Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu. Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan. 

Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu. Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara. Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu. Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing. - bharian

-- Jgn lupa ke pusat servis ye, free je tu..

5 comments:

yatie chomeyl said...

isk3x, ni yg buat orang koho takut nok beli keto msia nih

Ena said...

adik ena kat johor tu pun guna gen 2.. baru pas xcident ngan honda city.. teruk juga.. eh! kelain pulak ena ni.. hoho.. soweee!!

azimask said...

tq for this info.. tak perasan plak kat BH keluar muka surat depan.. tq dear.. :D

ainzuryn said...

nasib baik gen2 akak dah letgo. Memang byk problem pun...

Syida said...

nasib baik dah tak beli kete baru lagi.....hehehe