ad ld

Sunday, June 27, 2010

Keputusan Piala Dunia - Amerika Syarikat vs Ghana

Amerika Syarikat 1 ( Landon Danovan 61' ) - Ghana 2 (Kevin-Prince Boateng (4') Asamoah Gyan (92')

PENJAGA gol Ghana, Richard Kingson (tengah belakang) menolak bola keluar dari kawasan bahaya ketika diasak penjaga gol Amerika Syarikat, Tim Howard (depan) pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg, awal pagi tadi. Keputusan Amerika Syarikat 1 Ghana 2 . - Foto AFP

Ghana mara ke pusingan suku akhir selepas menundukkan Amerika Syarikat (AS) 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlanjutan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 apabila wisel tamat sepenuh masa ditiupkan di Stadium Royal Bafokeng.

Gol Ghana dijaringkan Kevin Prince Boateng seawal minit ke-5 selepas menewaskan pemain tengah AS di tengah padang sebelum meledakkan tendangan kencang di sebelah kiri penjaga gol AS, TIm Howard.

Selepas separuh masa kedua bermula, AS mula mengatur serangan dan memperoleh sepakan penalti selepas Dempsey dijatuhkan Jonathan (Ghana) di dalam petak penalti.

Bintang bola sepak AS berusia 28 tahun, Landon Donovan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62 selepas mengelirukan penjaga gol Ghana, Kingson yang gagal membaca gerakan pemain tengah AS itu yang menghantar bola di sebelah kirinya.

Selepas hanya tiga minit separuh pertama masa tambahan bermula, pemain Ghana, A Gyan menjaringkan gol pada minit ke-93 selepas merembat kencang dengan kaki kiri melepasi Tim Howard.

2 comments:

Anonymous said...

tewas juga akhirnye.......

Mama Hanim said...

KF: menang dgn algeria pn nasib kot..