KUALA TERENGGANU - Selepas 10 hari menanggung derita akibat dipaksa meminum racun oleh ahli keluarga teman wanitanya yang berusia 16 tahun, seorang penoreh getah akhirnya menemui ajal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.
MUDA (foto) yang bertarung nyawa meninggal dunia di HSNZ semalam.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, Muda Mohd., 27, disahkan meninggal
dunia kira-kira pukul 7.30 pagi selepas menunjukkan komplikasi teruk lewat malam kelmarin sebelum disahkan koma beberapa jam kemudian.
Bagaimanapun, katanya, polis sempat mendapatkan keterangan daripada mangsa.
"Sehubungan itu, kita telah mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya yang memberitahu polis telah menahan tiga suspek bagi membantu siasatan kes itu. - kosmo
8 comments:
innalillah..seksanya dia menanggung kesakitan akhirnya pergi jua pada pencipta-Nya..
sian dia T__T
Al-Fatihah..
kenapalah kejam sangat keluarga perempuan nyer...
jahatnye, ade jugak org macam ni..
salam singgah juga..
siannya...mcm2 ye skang ni.haihh
kenapa dia kena paksa minum racun? keluarga perempuan tu benci dia ke..mesti ni jadi kes bunuh kn
al-fatihah..gaknya pasal dai penoreh getah kot....cinta terlarang
alfatihah
Post a Comment