ad ld

Wednesday, October 13, 2010

Warga Emas Maut Dlm Keadaan Bersujud Ditembak Perompak

HULU SELANGOR: “Saya tergamam sebaik mendapat berita bapa saudara mati ditembak dalam rumahnya. Sungguh kejam penjenayah yang sanggup mengambil nyawanya selepas gagal menyamun mangsa,” kata Zainuddin Mohd Shuhaimi, 40, anak saudara kepada bekas tentera, Saad Johari Yamin, 73, yang mati ditembak di rumahnya, di Kampung Keliang, Kalumpang, dekat sini, malam kelmarin. Kejadian berlaku pada jam 11.58 malam apabila mangsa cuba menjerit meminta pertolongan setelah rumahnya dimasuki penjenayah ketika dia dan isteri, Enson Rashid, 65, sedang tidur.

Menurut Zainuddin, bapa saudaranya ditembak daripada jarak hanya satu meter di ruang tamu rumah apabila seorang penjenayah menyedari kehadirannya di situ. Katanya, isteri mangsa yang tidur dalam bilik tersedar selepas tembakan itu, namun mendapati suaminya jatuh dan mati di hadapannya. “Ketika itu, saya berada di rumah di Shah Alam, dan menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa memaklumkan khabar buruk itu. “Apabila tiba di sini, saya mendapat maklumat lanjut kejadian menyayat hati itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurut Zainuddin, dua anak mangsa iaitu Salmah, 48, dan Abd Aziz, 47, yang tinggal di Keramat dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur dimaklumkan kejadian itu turut bergegas ke kampung mereka, jam 2 pagi semalam. Katanya, lebih memilukan apabila mangsa rebah dengan keadaan bersujud di tempat kejadian itu.

Isteri mangsa yang sukar menerima berita itu masih trauma dan pengsan beberapa kali ketika menatap jenazah suaminya sebelum dikebumikan semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata suspek mengumpil pintu belakang rumah mangsa. Katanya, seorang penjenayah menggunakan pistol menembak tepat bahagian dada kiri mangsa sebelum dia rebah dan mati di tempat kejadian. “Penjenayah bagaimanapun, gagal melarikan harta benda dan wang setelah melepaskan satu das tembakan kepada mangsa,” katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), jam 12 tengah malam semalam untuk dibedah siasat.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Keliang, jam 2.30 petang semalam. - hmetro

-- Takziah utk keluarga arwah.. Al-Fatihah.

3 comments:

eB ezrin said...

adoi.... apa nk jadi malaysia nih?... hu3

Unknown said...

apa nak jadi dengan dunia sekarang ni..
kuman "Bayi dibuang....." Entry

Syida said...

al fatihah utk pakcik tu.nak rompak, rompak je la,nape nak bunuh org tua tu.geram nih!