ad ld

Monday, October 18, 2010

Cinta Tdk Direstui Keluarga, Wanita Bunuh Diri Di Km 25 Jln Gemas-Bahau Jempol

BAHAU – Gara-gara percintaan dengan seorang lelaki tidak direstui keluarga, seorang janda beranak empat didakwa sanggup menamatkan riwayat hidupnya dengan berbaring di atas landasan kereta api sebelum badannya digilis di Kilometer 25, Jalan Gemas-Bahau, Jempol kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 6.30 petang dan mangsa P. Santhakumari, 48, didakwa menunggu di landasan
itu sebelum bertindak berbaring di atas landasan apabila mendengar kehadiran kereta api. “Pemandu kereta api itu dikatakan nampak wanita itu dan cuba memperlahankan kereta api tetapi gagal.

“Badan wanita itu berkecai akibat digilis kereta api itu,” kata beliau. Menurut beliau, kereta api terbabit ketika kejadian itu merupakan kereta api membawa muatan barang yang dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke Kuala Lipis, Pahang.

“Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jempol untuk tujuan bedah siasat,” kata beliau. - kosmo

6 comments:

azimask said...

aiyyoooo.... mementingkan diri sendrik betul... apa nasib anak yang 4 org yang ditinggalkan tuh...


ayyoo yooo...

TuYa said...

ishhh..x de pedoman hidup sungguh..
dia ingat bunuh diri tu leh selesai masalah agaknya..
anak2 4 org tu sape lak nak jaga kan..

Ati Masrif said...

uhh..naper sampai cam tu...minta di jauhkan

LYaFRINA said...

ermm.. sib baik bukan org islam kita..

si pembawa sinar said...

sedih sgt

GREENJADE said...

aduhh bila dah buntu akal

sian anak2 dia..