ad ld

Saturday, November 6, 2010

(Gambar) Wajah Org Tua Dari Hong Kong Bertukar Muda Di Kanada

Agak terkejut, heran bila tgk artikel ni td. Apa motif lelaki itu agaknya buat cmtu ekk? Tetiba tingat cerita tv Mission Imposible plak..kui3..


TOPENG muka (kiri) yang dipakai pemuda dari Hong Kong.

-- VANCOUVER, Kanada - Polis menangkap seorang penumpang yang menaiki sebuah pesawat di Hong Kong sebagai orang tua tetapi semasa tiba di Vancouver dia menjadi seorang pemuda, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia ditahan pada 29 Oktober lalu selepas pesawat yang dinaikinya tiba di sebuah lapangan terbang di sini.
Satu amaran perisikan yang dikeluarkan oleh Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada yang menyatakan: "Maklumat telah diterima daripada pihak Keselamatan Penerbangan Kanada berhubung kemungkinan seorang penyamar dalam satu penerbangan dari Hong Kong. "Penumpang itu diperhatikan dari permulaan penerbangan merupakan seorang lelaki tua Kaukasia yang didapati memiliki tangan orang muda.

"Dalam penerbangan, lelaki itu pergi ke tandas dan kemudian keluar sebagai seornag lelaki Asia berumur dalam lingkungan 20-an." Selepas pesawat itu mendarat, lelaki yang menyamar itu diiringi oleh beberapa anggota pengawal sempadan Kanada.

Agensi itu enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi menyatakan, lelaki itu menaiki penerbangan dengan menggunakan pas milik orang lain. Pemuda itu memakai topeng muka silikon sebagai orang tua dan menanggalkannya semasa berada di dalam tandas pesawat. Anggota-anggota agensi tersebut turut menemui beg yang mengandungi topeng muka silikon itu. - kosmo

3 comments:

donny said...

ada tujuan sendiri ni..

Ena said...

naper la tu kan!.. hishhh

RaafikJahat said...

Dunia dunia. Macam macam pe'el orang kat dunia ni.