ad ld

Thursday, November 4, 2010

(Gambar) Bayi Lelaki Ditinggal Dpn Rumah Di Felda Nitar 1 Mersing Johor

MERSING 3 Nov – “Tidak berperikemanusiaan.” Itulah kata-kata penduduk Felda Nitar 1 di sini, apabila seorang bayi lelaki ditinggalkan di hadapan rumah salah seorang penduduk di situ kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, bayi lelaki seberat 2.4 kilogram yang dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat serta uri itu ditinggalkan di hadapan rumah bernombor 218, Jalan Tekukur, Felda tersebut.

BAYI lelaki baru lahir yang ditinggalkan di hadapan rumah Siti Zaharah (gambar kecil) di Felda Nitar 1, Mersing semalam. Menurut saksi, Siti Zaharah Ahmad, 54, semasa sedang menonton televisyen, dia dikejutkan dengan panggilan cucunya, Zulkifli Kassim, 13, yang memberitahu terdapat seorang bayi di hadapan rumah mereka. Dia yang terkejut mendengar panggilan cucunya itu bergegas ke luar rumah untuk melihat bayi yang dibalut dengan sehelai kain batik dan masih berlumuran darah.

“Saya dapati bayi itu sedang menangis kesejukan, namun tiada sebarang kecederaan pada badannya kerana dipercayai baru sahaja ditinggalkan di situ,” katanya. - kosmo

5 comments:

PINATBATE said...

salam..
adaa lagi kes buang bayi ni..tak sudah-sudah..

mama wanie said...

huhu...memang tak berhati perut..

tapi bagus gak la dia tak pegi buang dalam semak bagai..tinggal cam tu okey ler sket..at least baby tu still idup..huhu...siannyer...

zue @ annaleeya said...

mmg budusssss.... xde otak....

az rina a.k.a jaijina said...

mmg tak berperikemanusiaan..banatng pon tau sayang anak!!

Ena said...

Ya Allah.. cian sungguh la kat baby tu.. harap2 baby tu sihat walafiat & beroleh kasih sayang..