ad ld

Sunday, November 28, 2010

(Gambar) Barack Obama Kena 12 Jahitan Di Bibir Cedera Disiku Pemain Bola Keranjang

WASHINGTON: Rumah Putih melaporkan bahawa Presiden Barack Obama menerima 12 jahitan pada bibirnya selepas mengalami kecederaan ketika menyertai satu permainan bola keranjang.

Setiausaha akhbar Rumah Putih, Robert Gibbs, berkata Presiden Amerika Syarikat itu secara tidak sengaja kena siku seorang pemain dalam kejadian semalam.


Presiden Amerika itu menerima jahitan daripada doktor di tingkat bawah kediaman rasmi beliau. Obama dilaporkan bersama sekumpulan ahli keluarga dan rakan ke Fort McNair awal pagi untuk menyertai perlawanan itu.

Obama adalah seorang peminat sukan terutama meminati pasukan dari tempat asalnya Chicago dan kadang kala turut bermain golf selain permainan bola keranjang. Rumah Putih tidak mendedahkan siapa yang menyiku Obama. Tetapi, tidak lama selepas itu, pemain bertanggungjawab membuat kenyataan.

Dia ialah Rey Decerega, pengarah program bagi Institut Kongres Caucus Hispanik. “Saya tahu pada hari ini (semalam) bahawa presiden adalah seorang pesaing yang bersemangat tinggi dan ada semangat kesukanan.

“Saya gembira dapat bermain dengannya. Saya yakin beliau akan cuba kembali semula tidak lama lagi,” katanya. - bharian

3 comments:

makdara TERdiva said...

ouch! sakit tuuuu :)

mamalieyna said...

hiks..macam2 daa..

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

saket seyh...

btw..

do folo me yeah..?

http://owlkieranaa.blogspot.com/

tq~