ad ld

Monday, November 29, 2010

(Gambar) Kereta Mercedes Jatuh Longkang Pemandu Maut Sakit Jantung

KUALA LUMPUR - Seorang usahawan dari Shah Alam dipercayai maut akibat serangan sakit jantung selepas terlibat dalam satu kemalangan di kawasan perumahan Kajang Utama dekat sini malam tadi.

Tan Shik Cin, 41, yang terbabit dalam kemalangan apabila keretanya terjunam dalam longkang sedalam 20 meter setelah kereta yang dipandunya terbabas, dipercayai mati di tempat kejadian, menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt. Che Husin Omar kepada Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata, Tan dipercayai meninggal dunia disebabkan serangan sakit jantung, dan bukannya kerana kemalangan. Ketika kejadian Tan sedang memandu kereta Mercedes Benznya berseorangan, dan beliau dilaporkan hilang kawalan kereta yang dipandunya sewaktu menuruni bukit di kawasan tersebut pada pukul 8.30 malam tadi, katanya.

"Mangsa kemudian memasuki jalan bertentangan sebelum keretanya terjunam ke dalam longkang itu,” kata Che Husin. Beliau berkata mayat Tan kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat siasat. - kosmo

3 comments:

Si Sangkar Hitam said...

ish2...bila ajal menimpa

ciK mOt ©™ said...

hurmm...peringatan tuk diri sendiri...
berhati2 di jalan raya...

cik fiza said...

mama hanim, sila ke page sy ada tag.. tq2