Monday, November 1, 2010

(Gambar) Mayat Lelaki Putus Dua Kemalangan Di Jln Lingkaran Tengah MRR2

Tubuh seorang penunggang motosikal terputus dua selepas digilis berpuluh kenderaan yang tidak sempat mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan raya.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian hancur lumat akibat rempuhan bertali arus kenderaan yang melalui Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan.
Sumber polis trafik Kuala Lumpur berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke ibu kota sebelum dilanggar dari belakang. Berdasarkan siasatan, polis percaya mangsa berkemungkinan dirempuh kuat dari belakang oleh sebuah kereta atau kenderaan berat menyebabkan dia tercampak ke atas jalan raya.
Mangsa terjatuh ke tengah jalan kemudian dirempuh beberapa kenderaan yang dipandu laju. Keadaan jalan yang gelap dan menurun bukit dipercayai menyebabkan pemandu kenderaan yang melalui lokasi kejadian tidak sempat mengelak lalu menggilis tubuh mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang digilis berulang kali menyebabkan badannya terputus dua. “Malah beberapa penunggang motosikal turut terjatuh dan mengalami cedera ringan selepas terlanggar tubuh dan kepala mangsa. “Namun semua kenderaan yang tidak sengaja merempuh tubuh mangsa terus meninggalkan lokasi kejadian selepas menyedari objek dilanggar adalah mayat manusia,” katanya.

Katanya, orang ramai kemudian segera menghubungi polis sebelum anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. “Siasatan awal, mangsa dikenali sebagai Digat a/l Mentagas, 29, berasal dari Rumah Kanawit, Sarawak. “Susulan kejadian itu, anggota polis trafik terpaksa mengutip cebisan daging mayat mangsa yang berteraburan di atas jalan sepanjang,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa yang hampir hancur itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau talian Rakan Cop 03-21159999. - hmetro

-- Putus Kepala Kemalangan Ngeri Di MRR2 (Gambar)
-- Perkahwinan Pengantin 12 Tahun Nur Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Mohd Alias 19 Tahun
-- (Gambar) Kemalangan Wish Dan Alza Di Km 53 Lebuh Raya Gerik Jeli, 4 Maut 2 Cedera

5 comments:

mamaaerish@eb said...

x sanggup nk tgk... hu3

mamasue said...

mamasue pun tak sanggup la nk tgk....takut terkenan nt....tgh pregnant la katakan....tp mmg kesiannn....

CT said...

ngeriiiii!!!! x boleh nk tgk...

ainzuryn said...

kesian nyer...selalu berdoa pada tuhan,kalo nak amik nyawa akak biar dalam keadaan sempurna. wallahualam...

PutraRocker said...

sesaaat melangkah kematian o_O