ad ld

Tuesday, November 2, 2010

6 Anak Datuk Sosilawati Kemuka Saman RM60 Juta

KUALA LUMPUR: Enam anak pengusaha kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pada Selasa mengemukakan saman tuntutan ganti rugi berjumlah RM60 juta terhadap suspek-suspek yang terlibat dalam pembunuhan jutawan kosmetik berkenaan.

Tuntutan ganti rugi itu dikemukakan oleh Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati and Siti Nur Fatimah melalui firma guaman Kamarudin & Rakan-rakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Mereka menamakan enam individu sebagai defenden iaitu kesemua yang dituduh terlibat atau bersubahat dalam pembunuhan ibu mereka. Empat daripadanya ialah bekas peguam N. Pathmanaban, R. Kathavarayan, R. Matan and T. Thilaiyagan sementara dua yang lain ialah K. Sarawanan dan U. Suresh. Kedua-duanya mengaku bersalah terlibat membakar dan membuang abu mangsa iaitu Sosilawati dan tiga lagi ke dalam sungai.

Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, ditemui mati dibunuh di sebuah kawasan ladang di Banting pada 30 Ogos lalu. - mstar

2 comments:

Ena said...

camner banyak pun duit yg diperoleh, takkan sama ngan nyawa yg dah pergi tu..

Unknown said...

60 juta wooo!

byk giler