ad ld

Thursday, November 4, 2010

(Gambar) Terkini Banjir Di Kedah, Lebih 25,000 Mangsa Dipindahkan

Lebih 25,000 penduduk daripada 6,415 keluarga di empat daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir berikutan keadaan banjir semakin teruk sejak dua hari lepas.

Daripada jumlah itu, 15,613 penduduk daripada 4,178 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, 3,105 mangsa daripada 801 keluarga (Padang Terap), 5,331 penduduk daripada 1,202 keluarga (Kota Setar) dan 1,039 penduduk daripada 234 keluarga di Pokok Sena.
Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sebanyak 94 pusat penempatan mangsa banjir dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 45 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, lima di Pokok Sena serta sembilan di Kota Setar.

Sementara itu, beliau berkata, 803 orang mangsa banjir daripada 183 keluarga di Padang Terap telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kira-kira pukul 1 tengah hari ini.

Antara kampung yang dilanda banjir di Kubang Pasu ialah Kampung Changkat Setoi, Paya Lantau, Malau, Changlun, Jitra dan Kodiang. Bacaan paras air Sungai Bata melepasi paras bahaya iaitu 9.58 meter (paras bahaya 9.14m). - utusan

-- (Gambar) Banjir Di Kelantan, Terengganu Makin Buruk
-- Gambar Hot Zarina Ann Jolie Di Majalah FHM Indonesia

1 comment:

PutraRocker said...

langkawi apa cita?o_O