Tuesday, November 16, 2010

(Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Mangsa Mungkin Masih Hidup Ketika Mulut, Hidung Ditekup Pita Pelekat

SHAH ALAM – Fazlina Ahmad yang mayatnya ditemui dalam almari pakaian di rumahnya di Taman Pinggiran Ukay, Ampang pada 2009 berkemungkinan masih hidup ketika mulut dan hidungnya ditekup menggunakan pita pelekat oleh suaminya.

Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Khairul Anuar Zainun dalam keterangannya memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, kesan daripada tindakan ditekup tersebut tidak menyebabkan eksekutif di sebuah syarikat swasta itu mati secara serta-merta.

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri


“Saya berpendapat kematian Fazlina tidak berlaku dengan serta-merta. Kesan ditekup dan cedera yang dijumpai mendapati terdapat sedikit masa mangsa masih hidup semasa tekupan berlaku. “Mangsa mungkin mati antara setengah hingga satu minit selepas kejadian mangsa ditekup itu berlaku,” kata Khairul yang memberikan keterangan dalam perbicaraan terhadap Mohafri Mohamed yang dituduh membunuh isterinya, Fazlina. - kosmo

10 comments:

Ena said...

kenapalah sampai berbunuh2an kan.. Dah lupa ker tu isteri utk di sayangi dan dilindungi..

sarah-najwan said...

nauzubillah..macam2 kes ngeri dan sadis skrg ni..minta dijauhkan..

btw..slmt hari raya mama hanim..balik klate dok?..ambo kelek pete ni..jalan...musti jem weyyyyy..huhu

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

siannya magsa tu zaman sekarang ni macam2 hal la, minta dijauhkan la...salam kenalan follow u

Mama Hanim said...

Ena: tu la kan.. nape perlu jd begitu..

Nur Amlya @ Amie Fadli said...

kak wani : slmt hari raye aidiladha..salam peluk cium muah muah utk hanim yg comel...

Mama Hanim said...

sarah-najwan: nauzubillah.. makin pelik perangai manusia skang kan..

slmt hari raya juga.. mesti la kelik.. tghari ni blk kg.. ho ho ho blk kg..hehe..

Mama Hanim said...

Anje: mcm2 kejadian skang kan..

Errr, ekceli saya dh lama follow awak, since awal tahun ni kot...

btw, tq2 sudi dtg sini ye..sila dtg lg..

mamaaerish@eb said...

aduh... aper nk jadi ngan org kiter skang nih?...

Mama Hanim said...

Amy: Tq2.. Slmt hari raya aidil adha juga utk amy sekeluarga..

sori late wish..bz layan hanim di hari raya..hehe..

Mama Hanim said...

mamaaerish@eb: manusia makin pelik kan..