ad ld

Monday, November 8, 2010

Mati Rentung Dlm Keadaan Sujud Sambil Peluk Anak

BATU PAHAT: “Tolong mak, tolong Nini mak,” itulah jeritan akhir ibu tunggal, Lenny Mariyana Daud, 29, sebelum ditemui rentung dalam kedudukan bersujud sambil memeluk anak tunggalnya, Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam, 3, yang turut maut dalam kebakaran di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, Lenny dipercayai hanya sempat menjerit meminta bantuan buat beberapa saat disertai tangisan kuat Sabihah ketika cuba menyelamatkan diri dari biliknya. Lenny yang bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua hujung tahun ini dipercayai gagal melarikan diri dengan anaknya melalui pintu dan tingkap bilik akibat asap tebal selain api marak.

Melihat api marak selain kesukaran menyelamatkan diri, Lenny dipercayai hanya mampu membongkok seperti bersujud sambil memeluk anaknya sebelum dua beranak itu ditemui rentung di sudut tepi katil oleh anggota Bomba dan Penyelamat, kira-kira jam 4 pagi. - Baca SINI

3 comments:

LYaFRINA said...

ya allah...
sedihnya...
ajal maut semua ketentuan allah swt...
smoga tenang di sana...

princeduyong said...

sadis...sedih...

eT said...

kesiannyer...xdpt bygkn saat maut bersama anak kecik tuh...sedey jek rasa...
pape pon al-fatihah buat yg pergi...