Setakat ‘dibela’ seorang lelaki, itu perkara biasa. Jadi perempuan simpanan sebenarnya peluang untuk saya memperoleh pulangan berganda kerana ‘kerjaya’ ini ‘lubuk wang’ yang sangat luas.
Perempuan simpanan itu mendedahkan, menjadi trend di kalangan golongan berkenaan dibela lebih daripada seorang lelaki kerana di kalangan lelaki terbabit, mereka seperti ada kumpulan dan tidak kisah bertukar-tukar pasangan antara satu sama lain.
Saya sendiri dibela tiga lelaki. Pada mulanya saya tidak tahu ada peluang seperti ini, tetapi apabila berlaku kepada diri saya, baru saya tahu. Rupa-rupanya lelaki yang bela perempuan simpanan ini ada rakan yang kemaruk buat benda sama. Justeru, apabila lelaki yang membela saya berjumpa mereka, itulah peluang saya untuk memasang ‘jerat’,” katanya. Niza berkata, ketika pertemuan berkenaan, dia bergaya sehabis mungkin dan berpakaian seksi bagi menjerat rakan lelaki yang membelanya.
Sesiapa yang pandang lain macam, itulah sasaran saya. Kami bertukar-tukar nombor telefon dan hanya dalam tempoh beberapa hari secara ‘rasmi’ saya menambah koleksi ‘sugar daddy. Begitu juga yang saya lakukan untuk memperoleh ‘sugar daddy’ ketiga,” katanya. Pada mulanya Niza mengakui bimbang ‘kecurangannya’ terbongkar, tetapi ternyata ada antara golongan terbabit rela ‘berkongsi kasih.
Saya bersungguh-sungguh merahsiakan kecurangan saya, tetapi lama kelamaan lelaki pertama yang membela saya bertanya bagaimana layanan rakannya terhadap saya. Dia mengakui tahu rakannya turut membela saya. Kata lelaki itu, ia perkara biasa dan dia turut melakukan perkara sama iaitu membela perempuan simpanan milik rakan,” katanya yang dibela kontraktor dan ahli perniagaan berstatus ‘suami orang’ sejak dua tahun lalu.
Menurut Niza, dia memperoleh ‘untung besar’ dengan hanya goyang kaki di rumah. Dulu saya bekerja sebagai jurujual minyak wangi di pusat beli-belah. Berapa sangat pendapatan yang mampu saya peroleh setiap bulan. Apabila mendapat habuan dibela tiga lelaki, saya mampu duduk di kondominium, pakai kereta berharga lebih RM100,000, bergaya seperti selebriti dan melancong ke luar negara,”katanya. Bagaimanapun, Niza berkata, dia sedar ‘tempoh laku’ dirinya hampir tamat kerana begitulah lumrah sebagai perempuan simpanan. Lelaki pertama yang membela saya setakat itu masih setia. Dua lagi masing-masing dah masuk lima dan tiga bulan. Tak tahu sampai bila mereka akan terus membela saya. Bagaimanapun, saya tak bimbang kerana ketika ini saya menanti peluang ‘menjerat’ rakan ‘sugar daddy’ saya,” katanya.
Bagi seorang lagi perempuan simpanan yang mendakwa siswi kolej swasta, memang satu trend lelaki yang membela perempuan simpanan ‘berkongsi kasih’ tetapi ia bergantung kepada ‘perangai’ dan layanan wanita terbabit. Saya mengakui trend itu sebab saya juga pernah melaluinya. Bagaimanapun, kena lihat perangai dan layanan kita sebab masing-masing mempunyai selera berbeza. Memang peluang buat wang terbuka luas. Orang lain satu ‘sugar daddy’, tetapi kita dua atau tiga,” katanya yang kini mempunyai dua ‘sugar daddy’ kontraktor berstatus suami orang. Siswi yang dikenali sebagai Apple, 23, itu berkata, pada mulanya dia tidak menyangka wujud trend seperti itu kerana menyangka lelaki yang kemaruk membela perempuan simpanan tidak rela ‘berkongsi kasih.
Kalau dah namanya lelaki, mana cukup satu. Lelaki pertama yang membela saya rupa-rupanya turut membela perempuan simpanan rakannnya. Patutlah dia tak kisah rakannya bela saya walaupun pada mulanya saya bimbang ‘diapa-apakan’ jika kecurangan saya terbongkar,” katanya. Menurut seorang lagi perempuan simpanan, Mira, 26, dia memilih berkongsi sugar daddy bukan saja untuk menikmati kepuasan seks, malah jalan terbaik buatnya untuk memperoleh kesenangan berlipat ganda. Rugi jika hanya dibela seorang lelaki kerana bukan semua kemahuan mereka mampu dituruti lelaki berkenaan dalam satu-satu masa. Saya kini dibela dua sugar daddy. Jika tidak peroleh sesuatu daripada seorang lelaki, saya minta pada seorang lagi.
Sekalipun sedar mereka (sugar daddy) bukan hanya membela saya seorang sebagai perempuan simpanan, saya tidak pernah kisah. Yang penting, kemahuan saya dapat dipenuhi dan dapat bersenang lenang,”katanya. Mira ketika ini bekerja di syarikat swasta dan pernah menjadi GRO di pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur. Dia menjalin hubungan bersama lelaki yang kini menjadi sugar daddynya hampir tiga tahun, namun Mira mengakui ia tidak memadai dan sebab itu dia mencari seorang lagi lelaki yang ingin membelanya. Gadis berasal dari Sabah ini berkata, dia mula dibela seorang lagi lelaki atas perkenalan yang diatur rakan lamanya di kelab malam.
“Kami berkongsi lelaki sama, tetapi ia bukan masalah. Lagi bagus begitu kerana rakan saya boleh beritahu apa yang saya boleh peroleh daripada lelaki berkenaan. “Setakat ini saya mewah, soal duit bukan masalah. Tak dapat dengan seorang lelaki, saya boleh minta dengan seorang lagi,” katanya.
Sementara itu, seorang pramugari yang hanya mahu dikenali sebagai Nisa berkata, memang mewah hidup dibela lebih daripada seorang lelaki simpanan, namun ada kalanya ia membebankan. Katanya, bukan mudah melayan dua atau tiga lelaki pada satu masa dan menuruti apa saja kemahuan mereka. “Selepas layan seorang, hari berikutnya kena layan pula yang seorang lagi. Hidup memang mewah, tetapi kadangkala saya penat melayan mereka. “Jika bukan kerana kemewahan hidup, memang tidak terlayan dibuatnya. Apa pun, bila fikir balik ia masih berbaloi, lagi pun saya tahu hubungan begini tidak bertahan lama, kami (perempuan simpanan) hanya untuk persinggahan lelaki begini,” katanya.
Menurut Nisa, dia bernasib baik kerana jadual kerja dalam dan luar negara sebagai pramugari memudahkannya mengatur pertemuan dengan lelaki yang membelanya. “Saya boleh beri pelbagai alasan untuk mengelak mereka ingin bertemu saya pada satu masa. Sebab itu, setakat ini saya masih bertahan dengan mereka.
“Entah sampai bila saya perlu hidup begini, yang penting sekarang saya perlu ‘pergunakan’ mereka sebaik-baiknya kerana sampai masa nanti saya tidak akan berguna lagi kepada mereka,” katanya. - hmetro
-- Pelajar Cemerlang Buat Seks Dua Kali Di Rumah Nenek
-- Seks Dalam Kereta Pengurus Restoran Diperintah Bela Diri Kes Rogol Gadis Bawah Umur
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
5 comments:
uh! dahsatttt!!
jln mudah nk hidup senang
waaaaaaaaaa....
err.tulisan kecil nyer..saya rabun...huhu
tapi ada lak perempuan simpanan ni yang dia sendiri simpan anak ikan. Maklumlah sugar daddy sume dah berumur, nak ajak clubbing tak ummphh laa...
bhya dorg ni tau..
Post a Comment