ad ld

Saturday, November 6, 2010

(Gambar) Lagi Kes Buang Bayi: Janin Dibuang Depan Hotel Sentosa Regency Alor Setar Kedah

Salam.. Alahai w/pn kebykan org risau dgn keadaan banjir yg makin teruk di Alor Setar, tp itu x menghalang manusia berjiwa apa ntah utk buang janin yg masih bertali pusat, beruri sesuka hati. Janin dlm bungkusan tu ditemui di tpt parking depan Hotel Sentosa Regency, Jln Lumpur Alor Setar.

-- ALOR SETAR - Angkara manusia tidak berperikemanusiaan, satu janin yang masih bertali pusat dan beruri ditemui dalam satu bungkusan di hadapan Hotel Sentosa Regency, Jalan Lumpur di sini semalam.


Bungkusan yang diletakkan di atas rumput dekat tempat letak kereta itu dijumpai dua pekerja hotel berkenaan kira-kira pukul 11 pagi semalam. Menurut seorang pekerja hotel itu, Nor Hamidah Che Long, 30-an berkata, hanya kawasan tempat letak kereta itu sahaja yang belum dinaiki air banjir yang menyebabkan dia terpandang bungkusan tersebut.

"Saya curiga dengan kandungan bungkusan tersebut lalu saya ajak kawan saya, Saidatul Zainuddin, 32, untuk melihat kandungan beg plastik berwarna kuning tersebut. "Bila saya buka bungkusan itu, saya nampak janin yang masih ada tali pusat, uri dan bungkusan tersebut dipenuhi darah," ceritanya semalam. - kosmo

6 comments:

Ena said...

Makin didedah makin menjadi2.. hukjm Tuhan dah tertulis hukum dunia dah terlaksana.. tapi kenapa manusia seperti seakan mencabar kuasa Tuahn & dunia? Astaghfirullahalazim..

eiela said...

tak tau la apa nak jadi dengan manusia sekarang nih. macam-macam hal. Nak balik ke zaman dulu ke, dah tak bertamadun dah.

mamasya said...

Satu-satu kes bayi dibuang... langsung tak takut dosa.Moga diberikan keinsafan...
psst. rumah mamahanim tak kena banjir ke?

Mama Hanim said...

Ena: tu la kan.. mmg masalah sosial dh makin teruk skang ni..

Mama Hanim said...

eiela: dunia makin maju, tp manusia makin perangai pelik kan..

Mama Hanim said...

mamasya: tau plak malu x mahu bayi tu, dlu x pikir.. masa valentine la tu kot kan..huhu..

-- Alhamdulillah, umah mama hanim x kena banjir.. tq bertanya ye..