Sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini akan diraikan dalam cuaca
sejuk, tempias dari negara di hemisfera utara yang dibawa tiupan Monsun
Timur Laut yang akan berterusan dalam tempoh beberapa minggu lagi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kebanyakan kawasan di pantai
timur, utara dan wilayah tengah sedang mengalami cuaca sejuk kerana
tiupan angin tersebut.
Katanya, beberapa kawasan seperti Subang Jaya, Kota Kinabalu,
Sandakan, Kota Baru, Kuantan dan Petaling Jaya merekodkan suhu serendah
25 darjah Celsius, menyamai cuaca sejuk di Cameron Highlands dan Genting
Highlands. Pada Khamis, Kuala Krai merekodkan bacaan suhu serendah 17.2 darjah Celsius.