ad ld

Wednesday, January 29, 2014

Ustaz Don Dan Anak Di Majlis Konvokesyen Isterinya (Gambar)

Pendakwah selebriti, Ustaz Don atau nama sebenarnya, Don Daniyal Don Biyajid, 30, buat pertama kalinya berkongsi gambar anak lelakinya, Don Mustofa dengan peminat. Gambar tersebut yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya dirakam pada majlis konvokesyen isterinya, Husna Mohd Zahry, 26 yang baru menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Kaherah, Mesir.


Bagaimanapun gambar anaknya itu tidak beberapa jelas kelihatan. Dalam status itu, Ustaz Don turut menyatakan rasa bahagia kerana meraikan tiga detik istimewa pada bulan ini. "Kebahagiaan berganda Januari. Don Jr selamat dilahirkan, sambutan hari lahir isteri selang sehari selepas bersalin dan isteri tamat pengajian perubatan (konvo)," tulisnya dalam laman sosial itu.

Beliau turut berkongsi beberapa video berbentuk tunjuk ajar, nasihat dan kemudian mencukur rambut anaknya itu sambil berselawat bersama-sama isteri dan rakan-rakan. Terdahulu, Ustaz Don memaklumkan Husna selamat bersalin pada pukul 4.25 petang Sabtu lalu (waktu Mesir) menerusi laman Facebooknya.

--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)
--  Perkahwinan Kedua Sharifah Aleeya (Gambar)
--  Isteri Ustaz Don Bersalin Anak Lelaki 3.5kg Bernama Don Mustofa Di Mesir (Gambar)
--  Farish Aziz Gementar Lihat Isteri Bersalin (Gambar)

1 comment:

JaSSNaNi said...

tahniah buat ustaz don.. berturut2 rezekinya di bulan january yer.. alhamdullillah..