Didie Alias mendedahkan anak lelakinya, Muhammad Daniel, 19, menangis apabila mendapat tahu dia sedang mengandung tiga bulan. Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammed Ali, 41, berkata,
anaknya itu terlalu gembira kerana tidak menyangka akan mendapat seorang
lagi adik.
"Saya pada mulanya tidak memberitahu dia tentang keadaan saya tetapi
apabila dia pulang bercuti dari universiti, saya tutup matanya dan
meletakkan tangannya di perut saya. "Apabila mendapat tahu saya mengandung dia menangis kerana terlalu gembira kerana bakal mendapat adik," katanya
.