ad ld

Wednesday, January 22, 2014

Pengeluaran Wang Tanpa Kad Dengan Maybank (Gambar)

Kini anda tak perlu gunakan kad ATM untuk mengeluarkan duit anda. Ini adalah inovasi terbaru daripada Maybank yang dinamakan “Cardless Withdrawal” atau “Pengeluaran Tanpa Kad”. Tenangkan fikiran, hilangkan kecuakan di wajah anda dan bukak laman web atau apps Maybank2u di handphone. Dengan segera tekan butang “transfer”.


Ada 2 pilihan di “Cardless Withdrawal” ini. Kalau untuk kali pertama, anda akan gunakan “Open Cardless Withdrawal”. Tekan pautan tersebut dan anda akan dibawa ke laman seterusnya. Mudah bukan?

Di sini anda apa yang penting ialah memasukkan nombor telefon penerima wang yang akan anda hantar daripada akaun Maybank anda. Masukkan nombor telefon anda sebab anda yang akan terima duit tersebut. Masukkan juga nama penuh. Amaun yang boleh dipindahkan ialah RM100, RM200 dan RM300. Tak banyak tapi cukuplah untuk bayar harga barangan yang anda beli di Sogo. Double check semua informasi yang telah dimasukkan dan tekan butang “Continue”.


Seperti biasa akan ada “TAC” yang perlu dimasukkan untuk meneruskan pemindahan wang ini. Masukkan “TAC” yang diterima menerusi SMS dan anda bakal menerima satu lagi SMS yang mengandung “Withdrawal Code”. Code ini amat penting. Jangan bagi orang lain baca. Langkah seterusnya ialah mencari salah satu daripada 400 mesin ATM untuk mengeluarkan duit anda.

Sampai sahaja di mesin ATM Maybank (jangan potong barisan pulak), tekan sahaja butang “Enter” di mesin tersebut.Kemudian terus pilih “Cardless Withdrawal”. Masukkan “Transaction ID” dan “Withdrawal Code” yang dihantar menerusi SMS tadi. Lepas itu apa lagi? Ambillah duit yang keluar di mesin ATM itu dan pergilah bayar barangan yang anda beli tadi. Kalau sempat boraklah dengan cashier cakap anda ambil duit guna handphone je. beautifulnara

--  Si Kembar Di Kota Bharu Indahnya Makin Membesar
--  Makan Mi Segera Boleh Mati?
--  Johnny's Steamboat Cheras Memang Sedap
--  Shazleen Shahbi Bersalin Anak Kembar Di Usia 40 Tahun (Gambar)

No comments: